Puas Hati Sungguh Dapat Servis Kereta Di Faieda Auto Tech !

Sejak pindah ke kawasan rumah baru ni, tercari-cari juga bengkel kereta yang best.

Area rumah lama dulu ada bengkel favourite . Bengkel pun ada yang sis favourite dan tak favourite ya, bukan makanan aje. Hehe.

Nampak gayanya dah jumpa dah sekarang ni bengkel favourite. Dekat sangat dengan rumah. InsyaaAllah akan jadi regular customer Faieda Auto Tech lah gamaknya lepas ni.

bengkel kereta di kemaman, bengkel kereta
Lokasinya di tepi jalan utama.

 

Selepas hampir sebulan Faieda Auto Tech ini ditutup untuk kerja-kerja naik taraf bengkel, 3 Oktober lalu bengkel kembali beroperasi.

Jadi, kami ambil peluang servis kereta kat sini. Ini kali yang keempat kalau tak silap. Maknanya, kami sempatlah dengan Faieda Auto Tech yang lama sebelum naik taraf tu.

Alhamdulillah, tahniah untuk Faieda Auto Tech yang baru. Servis yang bagus bukan hanya untuk kereta pelanggan, tapi hati pelanggan juga diservis baik punya. Sungguh! Hawa jatuh hati. Moga terus kekal begini dan lebih baik lagi di masa akan datang.

Meh kita story apa yang terjadi kat bengkel tu sampai terjatuh hati tergolek-golek tu.

 

bengkel kereta kemaman, faieda auto, faieda auto tech
Masuk je kawasan bengkel, letak kereta di bahagian depan pejabat Faieda Auto Tech. Then, masuk pejabatnya tu…tung tang tung tang bincang consult masalah Baby kami. Zassss! Ada adik pomen handsome datang ambik kereta bawa masuk bengkel. Macam datang klinik tau. Haha. Betullah tu, klinik kereta.

 

Lepas tu kami nak duduk mana? Panas lit-lit kot kat sini kalau tengah hari. Oh! Jangan risau dik. Ada ruang menunggu yang disediakan Faieda Auto Tech.

Gambar kat atas tu ada nampak dua pintu kan? Haaa yang sebelah kiri tu pejabat dan yang sebelah kanan tulah bilik menunggu.

 

bengkel kereta kemaman, faieda auto tech
Inilah ruang yang disediakan untuk pemilik kenderaan menunggu sementara kenderaan yang sedang dibaiki tu siap.

 

Di ruang ini juga ada bilik solat khas untuk pelanggan yang nak tunaikan solat. Lengkap dengan tempat ambil wudhuk. Bolehlah solat berjamaah dua orang. Kebetulan kami sampai bengkel tu, kami belum solat Zohor lagi jadi solatlah kat sini. Alhamdulillah selesa.

Ruang menunggu ini sangat best, ada aircond, agak luas dan dilengkapi dengan Free Wifi, televisyen dan beberapa sofa untuk duduk. Nak charge handphone kat sini pun boleh ya.

Jika bawa anak kecil pun taklah panas in case terpaksa tunggu kereta yang dibaiki tu siap. Hawa rasa nak tertidur jugalah duk dalam bilik ni. Nasib ada orang lain selain kami berdua, kalau tak dah lama dibuai mimpi.

 

bengkel kereta kemaman, faieda auto tech
Guess what ? Diorang bagi ni kat kami. Sambil-sambil tunggu kereta siap tu kan, sedutlah seteguk dua air kotak ni . Hihi. Thanks Faieda Auto Tech. Really appreciate it.

 

bengkel kereta kemaman, faieda auto tech
Kawasan bengkel yang luas. Lengkap berkomputer dan peralatan membaiki kereta terkini.

 

bengkel kenderaan kemaman, faieda auto tech
Baby kami tengah di servis.

 

bengkel kereta kemaman, faieda auto tech
Busy pomen-pomennya tu. Kebetulan masa kami sampai tu tengahari, jadi taklah banyak kereta. Ada masa sebelum ni datang servis kereta kat sini, penuh kereta. Fuh! Husband hantar Hawa balik rumah dulu kemudian dia datang semula bengkel dan tunggu sorang-soranglah kereta kami siap. Haha.

 

bengkel kereta kemaman, faieda auto tech
Canggih !

 

bengkel kereta kemaman, car service, faieda auto tech
Dari ruang menunggu tadi boleh intai Baby kami yang tengah diservis sebab design ruang menunggu ni untuk senang pelanggan nak tengok kereta yang sedang dibaiki. Nak pergi tengok sendiri pun boleh juga. Transparent gittew.

 

bengkel kereta kemaman, faieda auto tech
Boleh nampak semua dari ruang menunggu ni. Clear sangat!

 

bengkel kereta kemaman, faieda auto tech
Waktu operasi Faieda Auto Tech Sabtu – Khamis (9.00 am-7.00pm)

 

bengkel kereta kemaman, faieda auto tech
Boleh follow FB & IG Faieda Auto Tech

 

Sebelum terlupa, Hawa share apa servis yang disediakan di Faieda Auto Tech ni?

  1. Paling best Faieda Auto Tech ni terima semua model kereta tak kiralah yang biasa mahupun continental (Proton, Perodua, Honda, Toyota, Ford, Nissan, Mercedes, BMW, Audi, Volkswagen, Peugeot dan sebagainya).
  2. Service & Maintenance kereta (tukar engine oil, filter semua tulah ye).
  3. Minor atau major repair
  4. Computer diagnosis & repair
  5. Skimming disk
  6. Engine overhaul atau top overhaul
  7. Salin enjin dan gearbox
  8. Tukar bateri & battery supply
  9. Baiki dan modifikasi 4×4 (challenge/offroad)
  10. Servis atau baiki lori, truck dan bas
  11. Towing & pickup service
  12. Breakdown service ( kawasan Kijal – Kerteh)

 

Istimewanya juga bengkel Faieda Auto Tech ini adalah kerana :

  1. Menggunakan  Tools & Equipment yang terkini.
  2. Scanned Tools untuk Mercedes , BMW , Audi dan Volkswagen yang terkini.
  3. Upgrade latest scanned software untuk Proton, Perodua, Toyota, Honda dan semua brand kereta.
  4. Waiting Room yang selesa macam Hawa cerita tadi lengkap TV, Free Wifi dan sebagainya.
  5. Ruang solat dan tandas yang bersih dan selesa.
  6. Staff yang mesra dan friendly.
  7. Mekanik mahir yang berpengalaman dan terlatih.
  8. Persekitaran workshop yang bersih, teratur dan selamat untuk pelanggan dan kenderaan kita.
  9. Servis cepat sebab sistem yang teratur dan mekaniknya yang komited buat kerja.
  10. Harga yang Hawa rasa sangat berbaloi sebab jujur dengan servis. Mana perlu tukar, mana tak perlu lagi siap advice bengkel mana yang boleh kami pergi kalau servis tu mereka tak buat.

 

Alhamdulillah, selesai juga akhirnya kereta kami. Total semua servis RM 340.00  termasuk tukar bearing. Part bearing ni dah lama bunyi dan rasa tak best tu tapi buat derk je dulu. Kihkihkih. Mekanik nasihatkan kami untuk tukar bagi mengelakkan keadaan yang lebih kronik. So, kita tukarlah. Sian kat Baby . Maafkan Mommy and Daddymu ya nak!.

Baby kami ni lahir pada Oktober 2010. Dah 9 tahun umurnya. Alhamdulillah rezeki tiada kerosakan kronik melainkan ketika banjir pada tahun 2013. Masa tu tenggelam nampak bumbung je tau. Setelah dibersihkan dan repair, sampai ke hari ini masih berkhidmat dengan cemerlang! Rezeki juga tu kan, syukur sangat.

Part servis, memang Daddynya sangat memilih untuk servis kat mana dan sangat disiplin servis bila tiba masanya tanpa miss sejak dari dulu lagi. Itulah antara tips kenderaan tahan lama dan boleh berkhidmat dengan cemerlang kepada pemiliknya.

Selesai je proses servis dan baiki tersebut, mekanik hantar kereta kami ke bahagian depan bilik menunggu. Selesaikan bayaran di pejabat , kemudian bolehlah bawa kereta sambung berjalan. Yuhuuu!

 

hawahassan.com
Nak jugak letak gambar kembang semangkuk tanpa filter tanpa make up tu. Haha.

 

Untuk yang nak ke bengkel Faieda Auto Tech ini, bolehlah ke lokasi ini :

Lot 485-3 Kg Meraga Beris (berhampiran dengan Sek. Keb. Meraga Beris)
Kemaman, Terengganu. 

(Waze : Faieda Auto/Faieda Auto Tech)

 

Bengkel beroperasi :

Sabtu hingga Khamis (9.00 am – 7.00 pm)

 

Boleh hubungi bengkel :

09- 863 1158 atau 016 – 304 9229

 

InsyaaAllah puas hati dengan servis mereka. Semoga terus berkekalan memberikan servis yang terbaik untuk para pelanggan.

4 thoughts on “Puas Hati Sungguh Dapat Servis Kereta Di Faieda Auto Tech !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!