Drama Suri Katriana Lakonan Ernie Zakri dan Ummi Nazeera Angkat Tema Kesihatan Mental

Drama Suri Katriana Lakonan Ernie Zakri dan Ummi Nazeera Angkat Tema Kesihatan Mental

Drama Suri Katriana Lakonan Ernie Zakri dan Ummi Nazeera Angkat Tema Kesihatan Mental | Drama bersiri Suri Katriana ini ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang di saluran Astro Prima (105) dan Prima HD (121) bermula 30 Oktober 2019 yang lalu sangat menarik perhatian Hawa.

Drama ini dibintangi oleh Ernie Zakri, Ummi Nazeera, Aishah Azman, Nadiya Nisaa, Ezzaty Abdullah, Zul Huzaimy, Nazim Othman, Hasnul Rahmat, Rozita Che Wan, Fadilah Mansor, Kazar Saisi, Zaidi Omar, Aisyah Atan, Eleena Sui, Ryzal Jaafar, Ku Zara Eryna, Dhia Arissa, Qhaira Imani.

sinopsis drama suri katriana

Drama Suri Katriana merupakan sebuah naskah asal yang mengangkat genre melodrama berat terbitan pihak Astro Prima dengan kerjasama syarikat produksi MIG Production Sdn Bhd, arahan sutradara Mohd Fazli Yahya atau lebih dikenali dengan Pali Yahya. Ianya bukan drama adaptasi sebagaimana biasa.

Watak-watak dalam Drama Suri Katriana :

Ernie Zakri sebagai Suri
Ummi Nazeera sebagai Katriana
Aishah Azman sebagai Yasmin
Nadiya Nisaa sebagai Saerah
Ezzaty Abdullah sebagai Edora
Zul Huzaimy sebagai Faizal
Nazim Othman sebagai Daniel
Hasnul Rahmat sebagai Tuan Syed Sadiq
Rozita Che Wan sebagai Puan Sofea
Fadilah Mansor sebagai Mak Limah
Eleena Sui sebagai Amanda
Ryzal Jaafar sebagai Rizal
Ku Zara Eryna sebagai Liyana (5 tahun)
Kazar Saisi sebagai Ayah Suri
Zaidi Omar sebagai Pak Harun (Ketua Kampung)
Aisyah Atan sebagai Mak Enab (Isteri Pak Harun)

Drama ini mengisahkan tentang pergolakan dan cabaran hidup yang sangat perit yang ditempuhi seorang gadis muda dan cantik bernama Suri (lakonan Ernie Zakri). Suri sangat meminati seni tari, namun tidak dapat meneruskan pembelajaran kerana kekangan kewangan. Keadaan biasa bagi sesetengah keluarga yang memang kurang berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Boleh je kan mohon apa-apa tajaan atau biasiswa yang bersesuaian. Tapi, yes tak semua dapat peluang dan alur cerita kehidupan Suri dah memang seperti ini.

Suri mempunyai seorang ayah (lakonan Kazar Saisi) yang sangat protektif. Ayah yang cukup sayang dan ingin melindungi anak perempuannya dari segala keburukan dan cakap-cakap orang kampung. Pada awalnya Si Ayah ini menentang keras kecenderungan Suri untuk meneruskan kelas tarian bersama guru yang mengajar di balai raya kampung itu.

Tapi, hakikatnya seorang ayah tetap akan ‘cair’ dengan kehendak anak perempuannya. Marah dan rajuk ayah tu walau apa pun tetap mengalah dalam paksa . Ditambah pula dengan pujukan-pujukan Mak Limah sebagai ibu, Si Ayah terpaksa menurut saja minat anak perempuannya. Nampak di situ, Suri dibesarkan dalam keluarga yang penuh dengan kasih-sayang walaupun serba kekurangan.

Suka sangat lakonan Ernie Zakrie sebagai Suri. Bakat lakonan beliau sangat terserlah walaupun ini penampilan pertama beliau. Gadis kampung lakonan Ernie tu nampak soft, ayu, cute dan kadangkala ada degil dan nakalnya.

Kisah Suri ini diserikan lagi dengan watak Yasmin dan Saerah sebagai sahabat baik tiga sekawan. Persahabatan yang dibina dari kecil lagi. Ada juga watak Faizal yang dipanggil Pejai sebagai pengacau dan agak psiko yang menyebabkan penonton rasa menyampah dan geram dengan perangainya. Tiap kali Pejai cakap suka pada nak kahwin dengan Suri kurasa nak ketuk je kepalanya. Annoying tau tak? Haha.

Biasanya Yasmin yang jadi penghalang kalau Faizal nak kacau Suri. Dalam episod-episod awal memang tak nampak langsung Yasmin sebenarnya menyimpan dendam terhadap Suri akibat kisah lampu ibunya dengan Mak Limah dan Yasmin juga ada anak luar nikah bersama Faizal. Lakonan Aisyah Azman sangat hidup dan menjadi. Sebab tu orang kata jangan percaya kat orang 100% kan? Simpan keraguan kat hati tu 10 % even dengan sahabat baik. Hehe.

Kisah kekeluargaan Suri berakhir selepas kematian ibu bapanya. Ayahnya meninggal dipatuk ular manakala ibunya pula meninggal terbakar dalam bangsal milik keluarga mereka. Disyaki kedua-dua ibu dan bapanya meninggal angkara mereka yang berdendam.

Keadaan semakin mendesak sehingga Suri membuat keputusan untuk berkahwin dengan Tuan Syed Sadiq (lakonan Hasnul Rahmat), bekas majikan arwah . Tuan Syed nilah yang banyak bantu Suri sekeluarga. Memang Tuan Syed ni suka kat Suri pun. Beliau nampak baik dengan hartanya, tapi jangan percaya sebab beliau berkomplot untuk dapat kahwin dengan Suri. Aisey ! Geram tau tengok drama ni sampai cakap kat suami ” Ramai betul orang jahat dalam drama ni!,”.

Setelah berkahwin dan berhijrah, Suri dijaga baik oleh Tuan Syed. Daripada seorang yang trauma dengan hal-hal yang dilalui dalam hidupnya, Suri berubah menjadi Suri yang baru yang kemudiannya membuat pembedahan muka untuk memulihkan kesan melecur teruk akibat terbakar dan terkunci ketika dia bersama ibunya di dalam bangsal mereka. Yang tak best part ni adalah melecur tu eloknya buat lagi teruk supaya sesuailah bila buat pembedahan pun logik wajah Suri tu jadi tak serupa wajah Suri yang asal. Pandangan sis gitulah ye.

Selepas pembedahan, Suri kembali sebagai Katriana atau Kat (lakonan Umi Nazeera), yang ingin menuntut bela di atas apa yang berlaku kepada dirinya dan keluarganya.

“Kau jangan risau Saerah. Aku cuma nak mereka rasa apa yang aku rasa je….,” Kat.

Bermula dari sinilah Suri atau Kat wataknya macam sangatlah misteri. Lakonan Ummi Nazeera memang mengundang rasa ingin tahu. Kejap dia gembira, kejap dia macam ni dan kemudian begini. Berubah-ubah. Lagi satu, bab matanya tu. Eeiiiii ! Macam sesuatulah matanya tu. Pandangan mata yang menyimpan pelbagai makna. Dendamnya pada apa yang terjadi di masa lalunya menyebabkan Kat jadi macam tu. Dan kat sinilah baru Hawa boleh relate dengan lagu tema drama ni iaitu Sinar Mata Hati nyanyian Ernie Zakri sendiri.

Andai kau merenung sinar mataku
Pasti kau kan  tahu wajah hatiku
Biar hilang dimata
Namun cinta tetap ada
Kerna kita pernah rasainya

 

Maafkan lah aku kerna melukaimu
Tanpa kata biacara fahamilah aku
Kerna mendustaimu
Demi memeluk cinta bersama
Ke syurga…

 

Andai kau merenung sinar mataku
Pasti kau kan tahu wajah hatiku
Dengari lah kekasih
Suara jiwa ku yang merinduimu
Hanya lah dikau yang kusayangi

 

Maafkan lah aku kerna melukaimu
Tanpa kata biacara fahamilah aku
Kerna mendustaimu
Demi memeluk cinta bersama
Ke syurga…

 

Lihat ke mataku
Pandangi wajahku
Setulusnya usahlah lagi berpaling
Inilah sumpahku cari jawapanku
Meski pun terseksa

 

Maafkan lah aku kerna melukaimu
Tanpa kata biacara fahamilah aku
Kerna mendustaimu
Demi memeluk cinta bersama
Ke syurga…

 

Andai kau merenung sinar mataku…

Watak Kat ini menjadikan drama semakin sarat dengan konflik . Ditambah pula dengan tindakan-tindakan Kat yang di luar jangkaan !.

Drama ini sebenarnya mengangkat tema kesihatan mental yang mungkin biasa kita dengar tapi sukar untuk difahami. Melalui drama ini, kita boleh nampak apa itu bipolar , penyebabnya dan simptom yang dialami oleh seseorang yang mengalami bipolar.

Bipolar disorder atau yang juga dikenal sebagai gangguan bipolar adalah suatu keadaan mental yang menyebabkan terjadinya perubahan mood yang ekstrem. Hal ini membuat orang dengan gangguan bipolar memiliki episode mood yang sangat bahagia (mania) atau sangat sedih (depresi). Sering kali, di antara perubahan keduanya, pengidap tetap mengalami keadaan mood yang normal.
(Sumber : hallosehat.com)

Suri atau Katriana adalah figura yang diketengahkan sebagai pengidap gangguan bipolar.

Antara faktor yang mungkin boleh menimbulkan gejala bipolar ini adalah seperti perasaan stres akan suatu kejadian trauma di masa kecil, rendahnya kepercayaan diri, atau pernah mengalami kehilangan yang tragis.
(Sumber : hallosehat.com)

Pengidapnya perlukan sokongan dan bantuan dari orang sekeliling terutamanya pakar dan orang terdekat. Cuma, apa yang Hawa risaukan adalah kesedaran masyarakat kita tentang hal ini masih lagi di tahap rendah sehinggakan mereka yang mengalaminya takut untuk keluar mendapatkan rawatan akibat pandangan serong masyarakat. Padahal, ianya sama saja dengan penyakit lain seperti diabetes, jantung dan sebagainya.

Kesimpulannya, Drama Suri Katriana ni jalan ceritanya sangat menarik dan menjadikan penonton tertunggu-tunggu apa akan jadi pada Suri atau Kat dan watak-watak yang dah ‘ada kes’ dengan Suri di episod seterusnya.

Dari segi lakonannya pula tak dapat dinafikan lagi lakonan orang-orang lama yang sangat berkesan menghidupkan penceritaan dalam drama ini. Lakonan Mak Enab pun best tau dengan suara melengkingnya tu. Haha.

Satu perkembangan yang baik untuk trend drama di Malaysia. Harapnya selepas ini, ada lagi drama-drama yang mengangkat tema tertentu yang boleh memberikan kesedaran kepada masyarakat. Bukan drama cintan-cintun orang kaya orang miskin kahwin paksa lagi dah!. Hehe.

Selamat menonton ! Tinggal satu episod je lagi tu.

2 thoughts on “Drama Suri Katriana Lakonan Ernie Zakri dan Ummi Nazeera Angkat Tema Kesihatan Mental

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!