DIY Planner 2020 Guna Kertas A4 Dan Fail Saiz A5 Biasa

DIY Planner 2020 Guna Kertas A4 Dan Fail Saiz A5 Biasa | Lama peram cerita planner ni. Hari ni baru nak post di sini.

Biasa Hawa beli je planner yang rakan-rakan seller jual. Cantik-cantik kan planner sekarang?

Tapi, Tahun 2020 ni rasanya nak buat sedikit kelainan. Ditambah ada rasa rajin (setakat inilah..haha). Makanya terwujudlah DIY Planner Hawa ni.

Hawa gunakan bahan-bahan ini sahaja. Separuh daripadanya memang dah ada kat rumah. Guna apa yang ada jelah kekdahnya.

  1. A4 putih 100gm yang dipotong dua (jadi saiz A5).
  2. A4 hitam (tak sure orang panggil kertas apa) 120 gm. Juga potong dua untuk jadikan saiz A5.
  3. Paint Marker
  4. Fail binder saiz A5 beli kat Shopee RM4.60. Yang putih keras biasa tu je. Kalau nak yang comel boleh cari kat Daiso ke, InsyaaAllah ada.
  5. Peralatan seperti pisau, pen, pensil, penebuk lubang, pemadam, pembaris dan lain-lain.

Cara nak hasilkan planner ni juga simple je. Potong dua kertas, tebuk lubang dan conteng je ikut apa yang nak dan perlu.

Hawa namakan ia “Contengan Kegembiraan”. Sebab memang tulis, conteng sesuka hati guna pen biasa je. Part ber washi tape bagai tu belum sampai seru lagi. Rasanya akan dibuat juga nantinya.

Basically “Contengan Kegembiraan” ni ada :

  1. Planner cover – tampal gambar.
  2. Tetulang planner – pun tampal juga.
  3. Cover dalam planner.
  4. Divider setiap bulan – guna A4 hitam.
  5. Contengan Goal 2020
  6. Contengan Road Map 2020
  7. Contengan Wishlist 2020
  8. Fitness Tracker
  9. Bills Tracker
  10. Qadha Tracker
  11. Saving Tracker
  12. Monthly Goal
  13. Monthly Calendar & Plan
  14. To Do List – A4 putih kosong je untuk conteng setiap hari

Hawa rasa 14 item ini lebih dari cukup untuk kegunaan tahun ini. Pengurusan hidup peribadi yang simple dan sesuai dengan keperluan Hawa.

Jom tengok bagaimana kejadiaannya tu. Hahaha.

diy planner 2020
Bahagian covernya dan nampak divider mengikut bulan yang tak sama shapenya.

 

diy planner 2020
Gini kejadiannya setelah ditampal-tampal gambar. Nampak macam katalog home decor pun ada. Haha.

 

diy plannner 2020
Tetulang binder atau file size A5 tu.

 

Boleh la kan ? Asal sedap mata sendiri memandang.

Ini antara isi dalamnya pula.

diy planner 2020
Cover planner bahagian dalam dan divider bulanan.

 

diy planner 2020
Wishlist 2020. Apa yang Hawa nak (bukan goal) tapi kemahuan. Nampak ? To cook pun ada!

 

diy planner 2020
Sambungan wishlist. Banyak betul.

 

Untuk Goal dan Road Map 2020, Hawa contengĀ  biasa je. 10 perkara yang nak dicapai 2020 (Goal). Perjalanan nak capai bulan sekian-sekian (Road Map).

Selain itu, ini hasil contengan isi planner yang lain.

diy planner 2020
Qadha Tracker

 

diy planner 2020
Saving Tracker

 

diy planner 2020
Muka depan Januari.

 

diy planner 2020
Bill Tracker

 

diy planner 2020
Fitness tracker

 

diy planner 2020
Fitness tracker. Ini conteng betul ! Hahaha.

 

diy planner 2020
Ini pula untuk monthly planner.

 

Untuk To Do List, Hawa conteng ikut suka saja atas kertas A4 putih yang dipotong dua tu. Sesuka hati ! Paling penting Hawa tulis apa yang nak dibuat pada hari tersebut dan tick bila dah siap buat perkara yang dirancang.

Sebelum tidur, Hawa cuba untuk pastikan dah ada perancangan (To Do List) untuk keesokan harinya. To Do List ini juga ada berkaitan dengan apa yang nak dicapai pada bulan tersebut. Selain itu, hal-hal pengurusan rumah juga dimasukkan sekali since kerjanya dari rumah.

If you fail to plan, You plan to fail !

Semoga apa yang dirancang, yang diimpikan dapat dicapai dengan izin Allah. Doalah agar Hawa terus istiqamah ya. Amin.

6 thoughts on “DIY Planner 2020 Guna Kertas A4 Dan Fail Saiz A5 Biasa

  1. Wah menariknya planner Hawa. Kreatif!
    Sebelum ni akak rajin juga buat planner sendiri tapi tahun ni beli saje. Yang simple je pun. Kalau takde planner rasa tak complete…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!