DIY Langsir Kabinet Bajet Tak Sampai RM 20

Dapur comel rumah Hawa belum renovate lagi. InsyaaAllah ada plan juga untuk renovate tapi bukan dalam masa terdekat. Ada beberapa perkara yang perlu didahulukan. Nak pasang kabinet saja rasa macam rugi pula.

Cuma, bila tak ada kabinet ni, sakit mata tengok barang-barang walaupun dah disusun dalam bakul. Still nampak sepah dan semak. Haha. Bawah table top tu, Hawa dalam proses nak buat rak sementara untuk susun barang-barang supaya lebih kemas.

Dalam masa yang sama nak buat ‘konmari’ juga. Tinggalkan barang yang betul-betul perlu sahaja di teratak kecil kami ni. Suka rumah lapang dan kurang barang.

 

langsir kabinet murah
Serabutnyaaa. Nanti bakul-bakul tu lenyaplah. Tersusun elok atas rak bawah kabinet.
Jadi, untuk sementara waktu Hawa ambil keputusan untuk sorokkan barang-barang tu dengan buat langsir.Untuk langsir , Hawa pilih material shower curtain (plastik lembut) sebab dapur kan, faham-fahamlah kawasan yang selalu basah dan macam-macam lagi. Jadi, nak selamat guna plastik instead of kain.
langsir kabinet murah
Peralatan untuk buat langsir kabinet bajet.
Senarai peralatan yang digunakan :
  1. Shower curtain 180 cm x 200 cm RM10.25 (shopee) – boleh dapat 2 pcs langsir kabinet untuk ukuran table top rumah Hawa.
  2. Pelekat Velcro RM 1.50/meter. Guna 3 meter.
  3. Gunting – dah ada di rumah
  4. Pita pengukur – dah ada di rumah
  5. Gam Dunlop – beli di Mr DIY RM 3.25

 

llangsir kabinet murah
Gam Dunlop
Caranya :
  1. Ukur dulu panjang dan tinggi tempat nak pasang langsir.
  2. Ukur pelekat Velcro dan potong ikut panjang tadi.
  3. Lekatkan Velcro tersebut. (Lekatkan bahagian yang macam berbulu sikit tu). Biarkan gam kering sempurna.

 

langsir kabinet murah
Lekatkan Velcro tersebut.

 

4. Potong shower curtain mengikut tinggi yang diukur tadi. (Pastikan buang bahagian yang dah disediakan untuk sangkut langsir tu sebab kita tak guna pun). Pastikan juga ada basi jahitan (2 cm setiap sisi). Kalau nak jahit, if tak nak jahit tak perlu. Hawa jahit sebab nak bagi nampak kemas dan nampak macam kain. (gambar di bawah).

5. Jahit dahulu setiap sisi (Jika mahu).

langsir kabinet murah
Gigih jahit tepi

 

6. Jahit pula pasangan Velcro tadi pada shower curtain.

langsir kabinet bajet
Senget – benget jugalah jahitnya

 

langsir kabinet murah
Bahagian luar. Nampaklah macam langsir kain kan. Hihi.

 

7. Dah siap jahit kedua-dua keping langsir tadi, bolehlah terus pasang ke kabinet kita.

langsir kabinet murah

Siap! Nampak lebih kemas kan? Tetamu datang pun tak adalah nampak periuk belanga, bekas-bekasku kat bawah table top tu. Alhamdulillah proses selesai dalam masa lebih kurang 1 jam je.
InsyaaAllah banyak lagi nak buat kat dapur tu tapi tak berkesempatan lagi untuk fokus projek DIY ni. Nanti update lagi ya dekorasi dapur comel cinonet Hawa ni. Kita tengok kejadiannya macam mana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!