DIY Bekas Alat Tulis Ala Farmhouse Style Untuk Tahun 2020

DIY Bekas Alat Tulis Ala Farmhouse Style Untuk Tahun 2020 | Untuk datangkan mood Tahun Baru 2020, Hawa kembali ber DIY.

Kisahnya, bekas letak alat tulis yang lama dah tak muat dan alat tulis dah bersepah-sepah. En Husband pula bila pergi seminar, kursus semua tu selalu dapat pen, pensil free. Semuanya beliau akan letak je atas meja kerja Hawa. Bila nak guna pen baru dia cari. Begitulah. Haha.

Jadi, sempena misi lebih terurus di Tahun Baru 2020 ni Hawa come out dengan idea nak buat bekas alat tulis yang boleh sumbat semua pen, pensil, pembaris, marker dan seumpamanya tu.

Inilah kejadian yang berlaku. Cara buat ada pada setiap gambar ya.

diy bekas alat tulis
Hawa gunakan bekas ESP Shaklee yang dipotong bahagian atasnya kerana bekas ini agak tinggi. Potong guna pisau dan gunting je. Peralatan yang digunakan adalah pisau, gunting, gam handcraft (beli di shopee 2017 lagi) dan tali jut (beli di kaison RM4++ untuk 3 meter tak silapnya).

 

diy bekas alat tulis
Sapukan gam di bahagian atas bekas. Kemudian lilitkan tali jut tersebut beberapa lilitan. Lagi banyak lagi cantik.

 

diy bekas alat tulis
Kemudian buat ikatan reben guna tali jut tersebut seperti gambar. Nak ikat macam mana pun terpulanglah. Nampak lelehan gam warna putih tu kan? Jangan risau sebab bila kering nanti gam jenis ini tak nampak pun (jadi lutsinar).

 

diy bekas alat tulis
Sapukan gam pada ikatan reben dan lekatkan pada bekas. Lekatkanlah pada bahagian yang kita nampak cacat sikit (biasa bahagian sambungan tali tu) supaya boleh menutup kecacatannya.

 

diy bekas alat tulis
Kemudian, kalau nak lilit juga tali jut pada bahagian bawah bekas pun boleh . Sapu gam, lekatkan je. Ikut citarasa sendiri.

 

diy bekas alat tulis
Jemur di bawah sinaran matahari. Kena ingat tau kalau korang jemur bekas ni kat luar, if hujan kang jadi bekas tadahan air pulak. Naya !

 

Sebenarnya, gam tu boleh juga kalau nak guna gam tembak. Mungkin lebih mudah. Cuma hawa suka guna gam handcraft  untuk projek simple macam ni.

Dan inilah hasilnya.

diy bekas alat tulis
Selesai sudah masalah pen, pensel , marker En Husband yang bersepah-sepah tu. Dia nak nanti dia ambil je kat sini. Hehe.

 

diy bekas alat tulis
Taraaaa…..Nampak macam mahal juga kan? Hahaha. Pandangan mata Hawa lah. Kalau pandangan mata korang Hawa tak pasti pulak. Hehe.

 

Bolehlah lepas ni, mak-mak atau cikgu-cikgu buat projek simple ni. Tak perlukan peralatan yang banyak dan masa pun sekejap je. Sap sap soi , siap!.

Selain boleh jimatkan belanja, boleh juga latih anak-anak untuk kitar semula barang-barang selagi boleh dengan cara yang kreatif.

Okey ! Jumpa di projek DIY yang lain pula. Bersusun perancangan ni, moga-moga direzekikan masa untuk melaksanakannya. Doakan Hawa ye.

Selamat Tahun Baru 2020 semua.

2 thoughts on “DIY Bekas Alat Tulis Ala Farmhouse Style Untuk Tahun 2020

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!