Dinner UDPS Tema Classic P. Ramlee Dan Saloma Di Residence Inn Cherating

Balik dari Kuala Lumpur, dah agak penat. Sampai malam kat rumah, kepala sakit sangat-sangat. Lepas solat, tidur terus. Bangun dengan harapan kepala tak sakit dah, tapi makin menjadi-jadi, tak pernah sakit macam ni. Kenapa pun tak tau. Suami suruh makan Panadol, tapi bertahan tak mahu makan. ” Tak apalah, saya nak tidur”.

Lepas tu dia keluar sebab pagi dia ada talk untuk Karnival Lepasan SPM (KLS). Hawa tidur tak ingat dunia. Sedar-sedar dia dah balik dan tolong masak. Oh! Syurganya rasa ada orang tolong masakkan untuk kita. Masa ni fikir, inilah hikmahnya sakit kepala kot.

Alhamdulillah, petang tu dah ok sikit la. Masih baring malas-malas, sekali sekala denyutan sakit tu datang. Minum air masak banyak-banyak, much better. Kebetulan petang tu juga ada orang datang ukur grill rumah or nama dia jeriji  tu di bahagian belakang rumah, tempah sekali awning sebab husband bising, punggung kereta dia basah kena hujan. Dia takut kereta dia demam. Haha. Belakang rumah pun, tempat sidai kain tu nak di ‘awningkan’ juga. Ikutlah, hamba ikut saja mana yang terbaik. Alhamdulillah rezeki.

Patutnya petang ni juga adik yang nak buat tinted cermin tingkap dan sliding tu datang, tapi dia ada hal, so kira appoinment hari lainlah. Sebenarnya semua-semua ni sepatutnya dibuat sebelum masuk atau pindah rumah. Tapi, kes kami ni kes istimewa. Kes tak cukup masa. Haha. Dengan husband yang tak ada masa, weekend pun kerja, naik offshore juga, jadinya redha sajalah. Pindah je masuk sebelum 2019, then kita buat kemudian. Ada je rezekinya kan? InsyaaAllah.

Kiranya Hari Sabtu yang agak pack jugalah. Dah setel-setel semua, kami gerak ke residence Inn Cherating pula. Ada dinner company husband. Tema P Ramlee. Haha. Ater, ku nak pakai apa pun tak tahu. Pakai je lah blouse kembang-kembang, ropol-ropol gitu. Husband pakai baju kemeja petak-petak. Tarbus lupa beli. Tak apalah. Hihi.

 

dinner udps, residence inn
Culik Si Wardah ni haa…

 

dinner udps, residence inn
Nampak tu, tema P Ramlee & Saloma. Sis tak pakai kebaya, sebab plan nak makan takut sangkut kat perut. Hahaha.

 

dinner udps, residence inn
Gambar goyang..Haha. Sedih betul.

 

Alhamdulillah kenyang makan. Sampai gambar makanan pun lupa nak ambil. Kepala ting-tong sangat. Pergi macam terpaksa, tapi makan dengan sukarela. Kalau boleh masa ni, makan nak sambil pejam mata. Seronok jugalah tengok orang tu menari dalam persembahan. Haha. Menari P Ramlee cemanalah sangat kan. Lainlah k-pop ke kan.

Lepas makan-makan tu, adalah cabutan bertuah dan sebagainya kan. Dapat voucher Parkson RM250. Bolehlah ejas sikit or semua. Haha. Alhamdulillah, rezeki. Paling best dapat voucher emas lah. Tapi, Allah bagi kat orang yang nak kahwin voucher yang paling mahal tu. Alhamdulillah.

Syukur untuk semalam. Makan dapat, cabutan bertuah dapat serta kebanyakan urusan rumah selesai. Semuanya atas izin Allah SWT. Kita manusia ini cuma menjalani kehidupan dan merancang. Tapi, janganlah pula hidup follow the flow je, haruslah ada perancangan kan. Rancang hidup untuk dunia selepas kehidupan iaitu kematian dan akhirat sana.

Sedikitlah tentang Residence Inn Cherating ni kan, sebab tak silapnya dah beberapa kali juga ada event di sini, just tak pernah menginap di sini. Mungkin kena ‘staycation’ satu malam kat sini. Haha.

  1. Makanan – overall ok lah untuk tekak Melayu macam K.Wa ni.
  2. Lokasi – memang best walaupun bukan tepi laut betul. Tapi jalan sikit je boleh sampai pantai Cherating. Residence Inn Cherating tiada ‘private beach’.
  3. Fasiliti – cukup lengkap semua. If ada event, senanglah nak solat sebab ada surau semua. Untuk yang menginap di sini, ada kolam juga tau.
  4. Bilik – belum pernah menginap di sini. Nanti K.Wa cerita lain ye. Haha.

Paling best adalah dekat dengan pantailah. Dann… di sekitar jalan menuju ke pantai tu ada banyak gerai-gerai dan kedai makan yang best-best juga.  Pantai Cherating ni happening juga kalau hujung minggu atau cuti umum. Pantai yang sangat landai, boleh bawa anak-anak bermain.

Love, 

Hawa Hassan

2 thoughts on “Dinner UDPS Tema Classic P. Ramlee Dan Saloma Di Residence Inn Cherating

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!