Di Sebalik Kemerduan Suara Apex Tajudin Mentor Milenia 2019

Hawa jarang juga nak tengok rancangan TV sebenarnya apatah lagi nak bercerita pasal artis. Tapi, kali ini tertengok pula Mentor Milenia 2019. Haha.

Menariknya Mentor Milenia 2019 ini sebab ada peserta dari Terengganu, Apex Tajudin tu. Peserta tunggal dari Pantai Timur tak silapnya. Haruslah support sikit kan orang Terengganu. Haha.

Oleh kerana Hawa dari kecil lagi memang suka seni suara, muzik dan segala yang berkaitan dengannya maka tak dapat lari dari kecenderungan itu sampai sekarang. Sama juga halnya dengan suami.

Kalau ada AJL, tilawah dan seumpamanya haaa…tercongoklah kami tengok TV atau tengok live streaming. Lepastu siap bagi komen itu ini pulak tu. Haha. Sok tau orang kata (macam pandai sangat je dia tu!). Tapi nak buat macam mana kan, dah itulah persamaan kami. Kami enjoy kongsi minat yang sama. Life ni tak boleh serius sangat kan? Hehe.

Okay lah. Ni bukan kisah kami tapi kisahnya Si Adik Mentor Milenia Apex Tajudin tu.

First dengar dia nyanyi lagu Tiara kami dah cakap , “Wow! Dia ni ada something dengan karakter suaranya dan attitudenya di pentas. Macam boleh pergi final je kalau ada rezeki dia nih!”.

Jujurnya Hawa pun suka karakter suaranya sebab sedikit unik berbanding yang lain. Ada husky ala-ala Ramli Sarip gitu.

Berikut adalah sedikit sebanyak info tentang penyanyi muda ini berdasarkan satu temuramah yang dibuat oleh Budiey Channel :

  • Nama penuhnya Ahmad Amirul Hafizi Bin Ahmad Tajudin
  • Berusia 23 tahun (pada tahun 2019)
  • Berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang (Kelantan), tapi menetap di Kampung Merbau Patah, Kuala Terengganu.
  • Anak kedua daripada 3 orang adik beradik. Beliau ada seorang abang dan seorang adik perempuan.
  • Sudah berumahtangga dan memiliki seorang anak lelaki yang comel.
apex tajudin, mentor milenia 2019
Sumber : Instagram @apextajudin
  • Boleh follow akaun instagram beliau @apextajudin
apex tajudin, mentor milenia
Sumber : Instagram @apextajudin
  • Beliau berjaya ke Top 10 Mentor Milenia dan memilih Mentor Hazama sebagai pembimbing.
  • Beliau juga aktif menyanyi bersama buskers.
apex tajudin, mentor milenia 2019
sumber : Terengganu Voice

 

apex tajudin, mentor milenia 2019
Sumber : Instagram @apextajudin
  • Beliau digelar Apex sebab wajahnya ‘chinese look’. Mewarisi wajah ibu katanya.
  • Mewarisi bakat menyanyi dan suara merdu dari ayahnya.
  • Hazama, Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Jamal Abdillah, Saleem Iklim dan Sudirman adalah penyanyi yang beliau minati.
  • Mentor Milenia 2019 merupakan pentas besar yang pertama yang beliau sertai. Walau bagaimanapun, sebelum ini beliau sudah aktif menyertai pertandingan nyanyian seperti nasyid, nyanyian puisi, lagu-lagu asli, syair dan karaoke bebas.
  • Beliau meminati genre rock dan balada. Memang sesuai pun suaranya dengan genre ini.

Moga awak berjaya dik! Kekalkan sikap humble tu sampai bila-bila pun dan semoga impian awak untuk ubah nasib keluarga tercapai.

Akak nak pesan satu jelah, nyanyi pun nyanyi juga, Allah jangan lupa berkat kena jaga. InsyaaAllah senang dunia akhirat.

 

2 thoughts on “Di Sebalik Kemerduan Suara Apex Tajudin Mentor Milenia 2019

  1. wahhh muda lagi . Saya tak tengok pun mentor musim nie sebab waktu yang sama dengan Gegar Vaganza . My family lebih minat Gegar Vaganza daripada Mentor . So kita follow je la . Heehehe . .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!