Dah Berkali-Kali Beli MD Putu Bambu World, Rasa Tetap Sama!

Dah Berkali-Kali Beli MD Putu Bambu World, Rasa Tetap Sama! | Hmmm…memang dah tak terkira berapa kali repeat beli putu bambu dari MD Putu Bambu World. Tak pernah bosan makan. Rasanya maintain mewah dan sedap! Alhamdulillah. Tahniah MD Foodstuff Sdn Bhd atas kejayaannya yang sehingga kini beratus outlet/kiosk yang menjual putu bambu ini kalau Hawa tak silap.

Bermula dari En Husband beli pertama kali di R&R (tak ingat R&R mana. Haha), mula dari situlah setiap kali beliau ke KL on the way balik je mesti pesan putu bambu. Alhamdulillah kena dengan selera.

Kalau dulu pandai makan yang ori je, sekarang dah pandai pesan yang cheese dan coklat. Aha!

 

putu bambu md world
Putu Bambu Cheese. Satu bekas ni makan dua orang sambil tengok cerita hantu. Kihkihkih.

 

putu bambu md world
Cheesenya mewah! Dah berapa kali beli pun sama je rasanya.

 

putu bambu md world
Ini yang perisa coklat. Ini favourite En.Hubby.

 

Warna hijau daripada perisa pandan asli itu membangkitkan aroma yang sedap dan tak bosan dimakan. Selalunya, jika ada rezeki kami dapatlah sebekas dua bila singgah mana-mana outlet/kiosk/food truck. Banyak kali juga nak beli tapi dah habis ! Nampaknya memang ramai peminat kuih tradisional putu bambu ini. Tambahan pula inovasi yang dibuat menjadi daya tarikan kepada masyarakat terutamanya Melayu.

 

Ada beberapa jenis putu bambu yang dijual iaitu :

putu bambu world

  1. Perisa Ori (origional)  RM4.00 sebekas
  2. Perisa Chocolate RM5.00 sebekas
  3. Perisa Cheese RM5.00 sebekas
  4. Perisa Durian RM5.00 sebekas
  5. Perisa Strawberry RM5.00 sebekas
  6. Double Flavours RM6.00 sebekas

 

Satu bekas tu ada 5 biji putu bambu yang boleh tahan gemuk saiznya tu. Dan yang penting kelapa yang digunakan untuk menyaluti putu bambu itu adalah kelapa yang lembut (sama seperti kelapa yang dimakan dengan pulut). Ini menjadikan putu bambu ini lebih sedap.

Pernah jadi kat kami, beli putu bambu yang kelapanya dah keras. Hahaha. Boleh dimakan Alhamdulillah tapi ofkos dari segi rasanya kurang sedap.

Tahniah diucapkan kepada MD Foodstuff Sdn Bhd kerana telah berjaya menjadikan makanan tradisional nusantara ini bukan lagi makanan yang hanya dijual di pasar-pasar malam saja malah dikomersialkan secara meluas.

Selain itu, ia juga membuka peluang perniagaan kepada usahawan-usahawan melalui tawaran bisnes mobile kiosk pelbagai pakej dengan modal yang sesuai.

Nak dapatkan putu bambu sedap ni kalian waze ajelah lokasi yang terdekat dengan kalian ye. Atau boleh dapatkan update terkini di page MD Putu Bambu World.

InsyaaAllah tak menyesal try. Disahkan Halal oleh JAKIM pulak tu. Makan tanpa was-was, sebekas memang tak cukup!.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!