Covid-19 : Zua Permai Trading Setiu Sediakan Servis Self Pickup Barang Dapur

Covid-19 : Zua Permai Trading Setiu Sediakan Servis Self Pickup Barang Dapur | Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan seiring kes Covid-19 yang belum selesai pastinya menyuntik rasa bimbang bagi ibu-ibu macam Hawa nak keluar rumah membeli barang dapur.

Kalau orang lain, mungkin masih nak keluar cari barang sendiri tapi Hawa pilih untuk serahkan saja kepada penyedia servis pick up, runner atau personal shopper. Kisahnya bimbang nak keluar rumah. Di rumah ada anak-anak dan bonda yang dah memasuki usia emas. Usaha untuk minimakan bertemu orang atau keluar ke mana-mana.

Jadi, kali ni first time Hawa guna khidmat “SELF PICKUP” di Zua Permai Trading (sebuah pasaraya milik Melayu Muslim yang serba lengkap berdekatan dengan rumah).

 

zua permai trading

Ini poster lama. Waktu operasi sepanjang PKP 8.00am-6.00 pm sahaja.

 

Caranya semudah 4 langkah saja :

1. Call/WhatsApp/SMS
2. Buat pesanan
3. Buat bayaran
4. Ambil barang di tempat yang ditetapkan

Syukur ! Mudah sangat urusan.

Mana yang dalam list tu yang mereka tak berapa faham, mereka WhatsApp tanya atau call if tak kita reply.

Contohnya bawang Holland tu. Hawa tulis 3 rajut. Hahaha. (Kampung people sangat aih!), tapi tak ada lah nak beli berguni-guni tu.  Biasa beli yang dalam rajut kecil je untuk masak. Ada adik sopan-santun yang call untuk confirmkan. Thanks adik!

 

zua permai trading

Budu takleh tinggal !

 

Cuma, pesan hakak kepada yang nak restock barang dapur dengan cara begini :

 

1. Sebelum hubungi mereka, make sure listkan semua barangan perlu terlebih dahulu. Untuk barang dapur, boleh juga berpandukan menu keluarga untuk 1 bulan ke kan? Ikutlah perancangan keluarga masing-masing.

List yang tersusun sangat membantu mereka. Tak pening! Jap itu jap ini. Habis masa layan WhatsApp awak je! Tak mau gitu.

 

2. Dalam list tersebut, terus tulis beberapa option/brand/jenama yang kita nak. Contoh nak kicap. Tulis kicap brand A/B/C/D.

Tujuannya ? Mudah bagi mereka yang nak bantu kita tu. If brand A tak ada, boleh dia terus ambil B/C/D etc. Tak perlulah mereka nak tanya banyak-banyak kali. Nak tunggu customer reply atau angkat call dah sekian hal pula.

 

3. Tulis juga secara detail berapa kg, gram, liter , nak berapa pax etc.

 

4. Sabar menunggu barang-barang ready untuk pick up. Usah asyik WhatsApp “dah siap belum?” berkali-kali.

Bikin stres. Mungkin lambat sedikit. Ramai kot customer yang nak disantuni. Mereka nak tolong kita pun dah satu rahmat kan?

Elakkan hari ni nak guna barang, hari ni baru nak pesan. Lepas tu asyik tanya dah ready ke belum. Kesian mereka.

 

5. Selepas dapat WhatsApp daripada pihak mereka untuk bayaran dan pick up , terus ambil di tempat yang dikhaskan untuk pick up.

If nak check barang dulu, boleh berbuat demikian. Dalam kes kami, kami percaya je dengan ‘personal shopper’ tadi. Balik cepat-cepat. Hihihi.

 

6. Sediakan wang secukupnya. Tak perlu tunggu nak ambil baki dan sebagainya. Boleh request bayar online juga.

 

7. Setelah ambil barang masukkan ke dalam kereta, sanitize atau basuh tangan dengan sabun. Zua Permai Trading dah sediakan tempat basuh tangan siap sabun untuk pelanggan. Sangat bagus!

 

8. Dah bawa balik rumah barang-barang tu, cucilah bersih-bersih ye sebelum kemas. Basuh tangan dengan sabun tu jangan dilupa.

 

Terus mandi dan basuh baju yang dipakai untuk keluar tadi. Barulah boleh nak beramah mesra dengan seisi keluarga.

 

9. Haaaa satu lagi ! Jika ada sedikit sebanyak barang yang tak memenuhi expectation kita, sabar dan berlapang dada saja. Ini bukan masanya untuk terlalu memilih.

Orang dah tolong pun mujur sangat dah kan? Asal ada makanan yang halal pun dah cukup. Syukurlah.

 

Setakat ini, sangat berpuas hati dengan khidmat mereka.

Terima kasih tak terhingga mudahkan urusan kami. Jimat masa dan tak perlu beratur panjang beramai-ramai.

 

Warga Setiu yang perlukan khidmat “SELF PICKUP” barang dapur boleh terus hubungi Zua Permai Trading : 0196908144 (call/sms/WhatsApp).

You may also like

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!