COVID-19 : First Time Selepas 12 Tahun Kahwin Suami Sambut Birthday Sendirian

COVID-19 : First Time Selepas 12 Tahun Kahwin Suami Sambut Birthday Sendirian | Saja tulis sini sebagai kenang-kenangan anak cucu nanti. Bahawasanya Mami dan Dedi pernah terpisah berbulan-bulan lamanya disebabkan ujian wabak yang melanda.

Hanya berselang beberapa daerah dalam negeri yang sama saja tapi terpaksa duduk asing asbab virus.

9 April 19xx  adalah tarikh keramat buat suamiku. Ma lahirkan seorang anak lelaki yang baik, sabar, bijak dan sangat bertanggungjawab. Dia dididik oleh ayah ibunya sabar sejak dari kecil. Anak yang sangat mandiri sebab dilahirkan dalam keluarga yang adik-beradiknya ramai. Anak yang atas-atas biasa lah kan.

Berbalik kepada kisah sambut birthday sorang-sorang tu, sebenarnya taklah terlalu sedih ke apa. Dah nak masuk tahun ke-13 perkahwinan ni macam-macam kami lalui. Syukur juga Allah tarbiyah daku selalu berjauhan dengan suami. Kadang sebulan dihantar job ke negeri di bawah bayu yang tak boleh nak ikut. Maka tinggallah kita sendirian atau balik kampung duduk dengan mak. Tinggal 2-3 hari atau seminggu juga biasa. Adat kerja Oil & Gas. Kita pun duduklah ber Oil & Gas di dapur kecil dalam rumah.

Untuk kes COVID-19 kali ni, walaupun rasa juga sedihnya still masih ok lah. Ya lah, sepanjang 12 tahun perkahwinan ini kali pertama birthday suami dalam keadaan terpisah macam ni. Cuma, masih positif dan cuba untuk kekalkan semangat terus berjuang walaupun acapkali hampir mengalah. Emosi dah macam roller coaster.

Nak banding ujian orang lain yang lagi hebat, apa lah sangat kan? Manja je lebih hakak ni. Haha.

 

birthday hawahassan.com

Gambar lama ni tau ! Jangan kata kita orang pergi jalan-jalan pula ya.

 

Sanah Helwah dear. Moga baik-baik saja di rumah kita. Terima kasih banyak-banyak pilih saya yang tak berapa semengah ni jadi suri hidup. Jauh dari cantik apatah lagi baik sopan-santun semua tu kan? Saya masih belajar untuk jadi yang terbaik. Usah jemu ya!

Thanks Ma, lahirkan dan didik anak Ma jadi anak yang soleh, berbakti kepada mak ayah hatta kepada mertua pun tak pernah lupa. Bukan sedikit atau banyak jadi nilaian tapi, sebuah ingatan dan tanggungjawab. Alhamdulillah.

Moga Sayang sentiasa dalam lindunganNya, ditambah nikmat rezeki yang mencurah-curah lebih banyak, sentiasa dimudahkan Allah urusan dunia akhirat.. Amin. Doa spesifik lain, kita rahsiakanlah yek. InsyaaAllah ada rezeki kita celebrate sama-sama nanti.

Kepada teman-teman yang sedang diuji dengan perpisahan sementara, teruskan sabar dan tabah ya! InsyaaAllah saatnya berakhir ujian ini kita pasti rasa sangatlah manis. Percayalah ! Kita kuat dan mampu hadapinya sehingga akhir. Stay strong ! Be happy !

Tulisan ini mungkin akan jadi tatapan anak-anak cucu di masa hadapan bahawasanya kehadiran COVID-19 banyak merubah pelbagai lanskap kehidupan normal manusia sejagat.

 

 

You may also like

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!