COVID-19 : Perlu Ke Basuh Semua Barang Dapur Yang Baru Dibeli ?

COVID-19 : Perlu Ke Basuh Semua Barang Dapur Yang Baru Dibeli ? | Dalam tempoh Perintah kawalan Pergerakan (PKP) ni memang kita tidak keluar ke mana-mana, tapi macam-macam barang luar masuk ke rumah seperti surat, barang dapur dan parcel. Kalau Hawa pula, rumah jadi tempat transit barang-barang bantuan. Beras, sardin, gula, biskut dan macam-macam lagi.

Kalau order barang di pasaraya pula, ada juga terfikir selamat ke semua barang yang aku beli ni? Ada kemungkinan ke virus masuk rumah melalui barang-barang ni?

Ya, memang proses pembersihan ini sangat penting untuk musnahkan Sars-cov-2 pembawa penyakit COVID-19, tetapi betul ke semua barang perlu dinyahkuman?

Ini dia perkongsian Dr Safiya Amaran mengenai isu ini.

Mengikut WHO, cara utama jangkitan Sars-CoV-2 ini adalah:

1. Dari seorang ke seorang melalui rembesan cecair badan yang mengandungi virus (masa bercakap, bersin dan batuk).

2. Melalui tangan yang tercemar dengan virus yang kemudian menyentuh mata, hidung dan mulut.

Atas sebab inilah kita diarahkan untuk menjarakkan diri antara satu sama lain,
basuh tangan, pakai mask dan sentiasa bersihkan tempat atau barang yang selalu dipegang.

Apakah contoh barang yang selalu kita pegang?

  1. Tombol pintu
  2. Handle almari & perabot
  3. Suis kipas & lampu
  4. kepala paip & flush toilet
  5. beg, laptop & purse
  6. telefon bimbit
  7. stereng kereta
  8. toiletries dan skincare

Senarai di atas adalah contoh barang yang perlu kerap dibersihkan. Boleh guna spray atau lapkan. Hawa guna spray alcohol 70%.

Namun, yang selalu menjadi kerisauan para ibu ialah tentang barang dapur. Adakah barang dapur (bahan kering) yang dibeli tersebut selamat?

Jawapannya, walaupun virus boleh ada pada barang kering atau barang dapur, tetapi risiko jangkitan melalui barang adalah jauh lebih rendah dibandingkan jangkitan melalui orang.

Tanpa sedar, sebenarnya risiko yang lebih tinggi ialah semasa pergi shopping sebab waktu itulah akan berjumpa orang lain.

Seperkara lagi yang amat berisiko ialah pemegang troli kerana telah dipegang oleh ramai orang.

 

Atas sebab itu, semasa shopping semua dinasihatkan untuk:

  1. Jarakkan 1-2 meter dari orang lain
  2. Tidak berbual
  3. Tidak sentuh muka
  4. Basuh tangan sesudah shopping
  5. Basuh tangan sesudah memegang troli .

Saya sendiri akan basuh tangan selepas bayar dan angkat semua barang masuk ke kereta. Risau kalau tanpa sedar kuman tertinggal di stereng pula masa driving. Kalau tak ada sumber air, guna hand sanitizer. – Dr Safiya

 

Perlukah kita nyahkuman semua barang dapur yang dibeli?

Pakar mikrobiologi, Don Schaffner, Professor di bidang ‘food microbiology’ di Rutgers School of Environmental and Biological Sciences tidak menggalakkan untuk nyahkuman barang dapur yang dibeli. Ini agak keterlaluan. Yang mesti dibuat ialah basuh tangan :

  1. sebaik sahaja balik dari kedai
  2. selepas siap susun barang dapur
  3. semasa nak memasak makanan
  4. sebelum dan selepas makan.

Ini wajib buat! Jangan pegang anak-anak selepas balik kedai. Basuh tangan dulu.

 

Kenapa wajib basuh tangan dengan sabun ?

Tangan kita sendiri yang sebenarnya lebih berpotensi untuk ada banyak kuman berbanding barang barang dapur tadi.

cara basuh tangan covid 19

Perlukah nyahkuman barang basah / makanan mentah yang dibeli?

Tidak. Kita tidak perlu nyahkuman semua makanan basah yang dibeli. Tapi semua makanan ni mesti dibasuh dengan sempurna, gunakan air. Mesti basuh sebelum masak atau makan!

 

Boleh ke nak basuh buahan dan sayuran dengan sabun?

Tidak, sabun bukan dibuat untuk bersihkan makanan. Ia dibuat untuk bersihkan pinggan mangkuk dan tangan kita. Kalau kita tertelan sabun walaupun sikit, boleh jadi loya, muntah dan cirit-birit.

Bahan kimia yang ada dalam produk nyahkuman tidak sesuai untuk makanan. Kalau kita sembur pada tomato  atau timun  ia boleh menjadi racun dan merosakkan makanan.

Bahan yang digunakan untuk nyahkuman peralatan adalah bahaya untuk tangan dan mulut kita, jadi sangat berisiko untuk kita guna pada makanan walaupun telah dicairkan.

Jika mahu, ada pencuci khas organic yang boleh digunakan untuk membersihkan buah-buahan dan sayuran. Boleh cuba cari di pasaran.

 

Bagaimana pula dengan bakul atau beg shopping ?

Bakul atau beg recycle yang digunakan untuk shopping itu yang perlu dibersihkan, paling kurang seminggu sekali kerana ia termasuk dalam kategori barang yang kerap dipegang.

 

Semoga artikel ini bermanfaat untuk mak-mak semua. Tq sudi baca.

 

Credit to : FB – Dr Safiya Amaran

You may also like

3 Comments

  • Umi nazrah

    Sangat bermanfaat. Kalau sebelum ni keliru jugak, ye lah sebab ada yg dok buat

    April 3, 2020 at 6:48 pm Reply
  • labu

    semua org takut deengan covid 19.. covid 19 ni boleeh ada dimana mana tempat tanpa kita sedari.. kena sentiasa mengambil langkah berjaga jaga untuk keselamatan bersama..

    April 7, 2020 at 1:29 am Reply
    • Hawa Hassan

      Benar. Selain ambil langkah pencegahan, kita doa banyak-banyak pada Allah agar cepat diangkat ujian ini.

      April 7, 2020 at 7:27 am Reply

    Leave a Reply

    CommentLuv badge

    error: Content is protected !!