Cara Tanam Bayam Brazil Dari Keratan Batang Yang Dibeli Di Pasar

Cara Tanam Bayam Brazil Dari Keratan Batang Yang Dibeli Di Pasar | Ini kali kedua sebenarnya Hawa tanam Bayam Brazil ni. Sebenarnya dah ada sebelum ni yang kakak bagi satu pasu. Tapi, dah mati akibat tinggal bercuti lebih seminggu. Nampaknya lepas ni kena guna pasu self watering jika nak tinggal lama.

Hawa sangat suka makan ulam Bayam Brazil. Ranggup buat cicah budu atau sambal belacan. Jadi, bermulalah misi tanam semula Bayam Brazil.

Lama juga misi mendapatkan benih Bayam Brazil sebab dah lama tak ke pasar tani. Biasanya ada je orang jual kat pasar. Kat nursery pun ada. Tapi, alkisahnya memang tak ke sana memanglah tak dapat. Hehe.

Dua minggu lepas, request dengan Encik Suami nak ke pasar yang agak jauh dari rumah. Pasar tu memang banyak jual sayur-sayuran, ayam kampung masih hidup, dan biasa jumpa buah-buah rare macam ‘buah perah’ di sini. (Tak sure orang lain panggil apa buah ni, kami di Terengganu panggil buah perah la).

Syukur ! Jumpalah seorang mak cik ni yang jual Bayam Brazil bersama batangnya yang diikat Rm0.50 sen setiap satu. Peniaga lain ada juga jual Bayam Brazil, tapi hanya daun sahaja yang dibungkus RM2.00 setiap satu.

Hawa pun belilah dengan mak cik tu. 4 ikat je, sebab ikatan tu agak besar. 2 ikat buat ulam. 2 ikat lagi untuk ditanam.

IniĀ  Tip Tanam Bayam Brazil Dari Keratan Batang Yang Dibeli Di Pasar cara Hawa ya :

  1. Beli yang dijual bersama keratan batang bukan daun semata.
  2. Dah sampi rumah, jika tak terus tanam masukkan hujung batangnya ke dalam bekas yang ada air supaya kekal segar. Hawa tanam petang keesokan harinya.
  3. Guna medium tanah yang dibeli di nursery. Hawa campur dengan tanah hitam sawit. Awalnya, tak perlu letak apa-apa baja sebab tanah tersebut dah ada nutrien yang diperlukan pokok.
  4. Letak di bawah bumbung atau tempat yang tidak terlalu terdedah dengan cahaya matahari yang terik.
  5. Siram 2 kali sehari iaitu pagi dan petang. Pokok Bayam Brazil perlukan tanah yang sentiasa lembab. Pastikan air tidak bertakung kerana boleh merosakkan akar pokok.
  6. Selepas seminggu atau pokok sudah tumbuh kuat, barulah keluarkan dan letakkan di kawasan yang kena matahari. Tumbuhan perlukan cahaya matahari untuk fotosintesis.
  7. Boleh letak baja 2 minggu sekali. Hawa gunakan baja organik.
  8. Apabila pokok sudah membiak dengan jayanya, selalu-selalulah petik Bayam Brazil ni supaya daunnya tak terlalu tua dan untuk memastikan pertumbuhan daun baru yang subur dan cantik. Kalau tak, Bayam Brazil jadi macam terbantut (ikut pengalaman Hawa gitulah).

Ini hasilnya selepas 1 minggu. Dengan RM 1 dapatĀ  empat pasu. RM 1 lagi sudah dimakan. Haha.

tip tanam bayam brazil
Beratur 4 pasu yang dah diexpose kepada cahaya matahari. Nanti dah penuh, kita masuk ke pasu seterusnya ya. Cepatlah gemuk!

 

tip tanam bayam brazil
Baru lepas siram. Dah cantik elok daunnya. Alhamdulillah.

 

tip tanam bayam brazil
Setiap pasu tanam 4 keratan, tak terlalu padat dan consider juga takut ada yang termati. Tapi, semua tumbuh. Hahaha.

 

Tak sabar nak tengok dedaunannya tu penuh merimbun ! Rasa nak tanam banyak-banyak penuh kebun comel belakang dapur ni haa.

Kesimpulannya, senang sungguh tanam Bayam Brazil nak banding tanaman lain. Cepat pula tu boleh kutip buat sayur.

Apa yang dikongsikan ini adalah mengikut pengalaman je. Hawa bukan pakar dalam menanam ni. Tapi, suka tanam pokok-pokok dan suka penuhkan laman dengan tumbuhan yang boleh dimakan. Hahaha.

Selamat menanam kawan-kawan. Bagus makan ulam ni!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!