Cara Simple Buat Dan Simpan Tempoyak Agar Tahan Lama

Musim durian lagi kan sekarang? Hehe. Eloklah buat stok tempoyak.

Senang nanti nak masak patin tempoyak , sambal udang tempoyak atau apa-apa masakan berasaskan tempoyak.

Nak bagi tahan lama tempoyak tu, elak berkulat boleh try cara ni. Senang je. Hawa dah buat tau.

Caranya :

1. Asingkan buah durian dengan bijinya. Pilih isi durian yang elok. Lenyek isi durian sehingga halus.

2. Masukkan sedikit garam kasar atau halus. Secukup rasa je. Garam ni jadi bahan pengawet untuk tempoyak tu, supaya tahan lama. Gaul rata.

3. Selepas gaul rata, masukkan ke dalam penapis, letak besen kat bawah tu.

4. Tutup dengan aluminium foil atau kain bersih , biarkan semalaman.

5. Esoknya, ambil isi durian yang dah ditapis tu, letak dalam bekas kaca atau plastik.

6. Simpan dalam peti. InsyaaAllah boleh tahan berbulan-bulan.

 

Ada juga orang terus letak cili padi yang ditumbuk ke dalam tempoyak ni. Pun boleh. Yang pasti semasa mengadun tempoyak tersebut, pastikan aspek kebersihan bekas, perkakas dapur dan persekitarannya dijaga baik agar tempoyak tersebut tahan lama.

 

Senang kan. Nak masak nanti, tempoyak dah ada. Tak kalut. Senang kerja kita. Yeah! Selamat mencuba!

 

tempoyak, cara buat tempoyak
Inilah kejadiannya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!