Cara Mudah Cegah Serangga Perosak Tanaman Tanpa Guna Racun

Cara Mudah Cegah Serangga Perosak Tanaman Tanpa Guna Racun

Cara Mudah Cegah Serangga Perosak Tanaman Tanpa Guna Racun | Bila bercucuk tanam ni, pasti musuh utama adalah kehadiran serangga perosak.

Kali ni, Hawa nak share cara mudah cegah serangga perosak tanaman tanpa menggunakan racun serangga. Simple je tapi berkesan untuk halau serangga perosak.

Sebelum ni, ada juga ikut pelbagai petua yang digoogle untuk elak serangga perosak ni. Ya lah, kalau boleh tak nak makan sayuran yang disembur racun serangga tu kan.

Dah alang-alang tanam sendiri pokok-pokok sayuran di halaman rumah, tak mahulah guna racun serangga.

Tapi, petua-petua seperti guna semburan air bawang putih yang dihancurkan dan lain-lain tu sedikit renyahlah nak buat. (Untuk Hawa yang pemalas ni, nak cari benda mudah sahaja okey! Terpaksa mengaku diri pemalas. Hehe).

Jadi, ini cara Hawa cegah serangga perosak seperti belalang, ulat, siput babi dan seangkatan dengannya yang kerapkali singgah tanaman di tepi dapur Hawa ni.

1.Gunakan semburan Serai Wangi Afy Haniff. Bancuhkan lebih kurang 10 ml pati serai wangi tersebut dengan 500 ml air. Hawa agak-agak je kadang-kadang tu. Tak terlalu cair sampai tak ada bau atau tak terlalu pekat sehingga beri kesan kepada daun pokok.

Bau serai wangi yang kuat tu sebenarnya menghalau serangga perosak yang nak singgah. Diorang tak suka bau serai wangi tau ! Memang berkesan halau ulat-ulat kecil yang selalu buat lubang kat daun pokok limau Hawa tu.

Boleh sembur sekali seminggu pada waktu petang.

AFY haniff
Harga : RM10 (pati serai wangi yang pekat).

 

2. Guna RAJA Anti Serangga. Diperbuat daripada Yis, Gula Perang dan Cuka sebagai bahan asasnya. Selain menghalau serangga perosak, ianya juga boleh menyuburkan pokok.

Boleh sembur sekali seminggu atau 2 minggu sekali pada waktu petang. Boleh tengok kesannya dalam 2 minggu tu, daun pokok menghijau dan cepat membiak.

Untuk penjimatan tahap dewa (kedekut betullah Hawa ni!), cecair RAJA Anti Serangga ni, Hawa bancuhkan dengan air juga. Agak-agak jelah  ye. Haha. Nak sembur terus lagi bagus. Kalau dah nampak ulat-ulat atau serangga perosak dah meriah kat pokok tu, sembur jelah terus tak payah bancuh ya! Cepat sikit kesannya tu.

racun serangga organik
Harga : RM15 (Beli di Pasar Tani Setiu. Shopee atau Lazada pun ada seller jual).

 

khasiat bayam brazil

Nah ! Tak sampai seminggu lepas petik dah boleh petik lagi Bayam Brazil ni. Hawa sembur bancuhan RAJA Anti Serangga tulah ni. Awalnya daun Bayam Brazil ni berlubang-lubang dek belalang dan ulat. Tak ketinggalan, siput-siput kecil pun ada juga datang menempel. Alhamdulillah sekarang daunnya comel dan gemuk-gemuk tanpa lubang dah.

Korang pernah makan Bayam Brazil tergigit ulah kecil warna hijau sama dengan daunnya tu? Haha.

Hawa pernah tau ! Sedap-sedap kita duk cicah budu, aiyaarkkkkkkkk! Cancel terus muntah tak boleh nak sambung makan nasi dah. Huh! Fobia tau.

Okey ! Bolehlah kalau kalian nak guna kedua-dua jenis penghalau serangga perosak yang Hawa share di atas ye. Harga pun tak mahal. Ada pelbagai brand sebenarnya yang natural atau organik ni, InsyaaAllah ada kelapangan Hawa share jenama lain pula.

Jom berkebun !

7 thoughts on “Cara Mudah Cegah Serangga Perosak Tanaman Tanpa Guna Racun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!