Blog post

Buku Baru Bagi Insan Bernama Hawa

February 9, 2017

Alhamdulillah…akhirnya siap juga rumah baru yang tak seberapa ini. Buku baru . Permulaan ‘cycle’ baru kehidupan bagi seorang yang bernama Hawa Hassan.

Live begin at 30.

Habis tu tahun-tahun sebelum buat apa ?

Ada. Ada benda dibuatnya. Namun, bermula umur 30  ini, hidup lebih serius. Ada sesuatu yang ingin dicapai. Ada impian yang belum tercapai. Haruslah ‘speed’ laju-laju. Tak boleh menoleh ke belakang lagi. Dan kena ‘minimize’ kan kesalahan dalam hidup. Penat tau bila banyak tersasar. Takkan sampai ke tua mahu mengejar impian yang tak sudah-sudah itu. Pesan dari seorang ummi. Sangat ‘deep’.

FASA-FASA UTAMA DALAM KEHIDUPAN ==========================================

[Fasa 1~ LEARNING ]

Sekolahkan diri sampai graduate (at least 1st degree)~ Abg Jack Ma kata : Be good student )
[Fasa 2~ EARNING]

Umur 25 keatas….

Fasa “paling kritikal”, bukan sahaja route membina kekayaan tetapi lebih besar daripada itu adalah pembentukan personaliti, integriti serta jati diri untuk lebih berjaya pada masa hadapan…
( Bukan skim cepat kaya…
Tapi perlu belajar jadi kaya…
Belajar membina kehidupan bebas hutang melainkan di tempat yg perlu).
[Fasa 3~ RETURNING ]

Umur 45 keatas…

  • Belajar lah memberi dan memberi..Ada “magic show” disitu..The more u give, the more u get back..
  •  Fasa ini ~ fokus kpd yg less fortunate. Cari mereka. Jadikan mereka satu senarai infaq kita setiap Jumaat.
  • Inilah masanya utk repay jasa orang-orang tersayang. Jejak kasihlah. Antaranya, insan-insan yang pernah lalu semasa kita membina Fasa 1 dan 2 diatas. “Carilah mereka” ~ mungkin sahabat-sahabat sekampung atau sesekolah, sahabat-sahabat mak ayah kita, sanak saudara, guru-guru lama kita.

Fasa paling indah adalah Fasa 1 kan? Happy memanjang jadi good student.

Fasa paling kurang best adalah Fasa 2 . Sedang melaluinya. Namun, paling banyak  belajar di fasa ini. Belajar tentang hidup. Ujiannya pelbagai. Di fasa ini, ramai yang tewas menyerah kepada nasib.Kalau bisnes pun ” Tak pe lah, bukan rezeki kita “. Lepas tu give up macam tu je.

Fasa terakhir adalah fasa paling manusiawi. Pandai je namakan fasa manusiawi. Tapi betullah, fasa ini menggambarkan niat asal apa yang kita usahakan di Fasa 2 tadi.

Apa yang selalu dipesan. ‘Dont live by default’ ! Kita ni orang. Manusia. Jalan hidup kita, kita yang corakkan dengan izin Allah. Bukan ‘follow the flow’ sahaja.

Mudah-mudahan Fasa 2 berlalu dengan indahnya. Mendidik Hawa jadi manusia yang benar-benar manusia, benar-benar hamba Allah.

hawahassan.com bukanlah diari hidup. Tapi ada sesuatu yang ingin disampaikan secara santai yang mudah-mudahan memberi manfaat untuk semua.

Hawa Hassan bukan siapa-siapa yang orang nak tulis buku tentang apa yang dia nak cakap. Haha. So, tulislah sendiri. Sedar diri. Kih..kih..kih.

Love !

Hawa Hassan

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Next Post