Buat Sendiri Pasu Bunga Comel Guna Bekas Kopi

Mood DIY ni datang bermusim juga kadang tu . Kali ini banyak pula idea nak ber ‘diy’ cuma masa pula kurang mengizinkan.

Kisahnya cari pasu bunga plastik warna putih yang berkenan di hati tu tak jumpa. Cari kat Kedai Eco je pun. Haha.

Jadi, oleh kerana kurang sabar menunggu untuk dapat keluar dan menjelajah ke kedai-kedai yang lain pada hujung minggu, makanya jadilah pasu bunga daripada bekas kopi habbatussauda’ ni.

Mak suka minum kopi ni, jadi dia simpan bekasnya sebab cantik. Kuminta 4 dari mak. Hehe.

Beginilah step-step membuatnya tu. Masa yang diambil untuk membuatnya kurang dari 1 jam dengan kos lebih kurang RM15.00 sahaja.

1.Sediakan peralatannya ( bekas kopi, gam , gunting , ribbon ikut suka, bunga Kedai Eco).

pasu bunga, diy
Ni lah dia bekas kopi yang dimaksudkan tu. Pernah nampak kan kat kedai? Nak guna bekas apa pun boleh. Sebenarnya nak gunakan ribbon biasa tapi yang warna brown diperbuat daripada jute itu sangat cantik kejadiannya. Beli kat Mr Diy je tu. (Tak tahu orang panggil apa! Haha).

 

pasu bunga, diy
Bunga Kedai Eco dan gunting. Hawa guna 6 tangkai yang warna hijau je tau sebab tak berapa nak suka warna-warni. Ala-ala IKEA gittew.

 

pasu bunga, diy
Oleh kerana craft gam kita dalam kotak yang ada dalam stor, malas nak buka, guna gam ini aje. Lebihan daripada buat langsir kabinet tempohari.

 

pasu bunga. diy
Lupa nak beritahu, bekas tadi tu bukalah dia punya label tu ye.

 

2. Balut sekeliling bekas kopi tadi menggunakan bahan daripada jute. Gamkan kemas-kemas. Biarkan ianya mengering seketika.

pasu bunga ikea, diy
Balut keliling bekas tadi. Texture jute memang sangat cantik.

 

pasu bunga ikea, diy
Boleh juga nak buat macam ni. Ikut kreativiti koranglah ye.

 

3. Sediakan 6 tangkai bunga tersebut.

pasu bunga, diy
Bengkokkan tangkai bunga tersebut. Satu pasu guna 2 tangkai bunga.

 

pasu bunga, diy
Jangan lupa buang tag Kedai Eco tu ye. Haha.

 

4. Masukkan tangkai bunga tadi ke dalam pasu yang dah dibuat. Kalau nak bagi berat sikit boleh juga masukkan batu atau apa-apa pemberat ke dalam pasu. Nak guna span bunga pun boleh juga. Tapi Hawa tak guna pun. Sempoi.

Inilah kejadian akhirnya tu. Dapat 3 pasu bunga comel dan satu lagi jadi tempat letak sikat rambut. Pun boleh ! Hihi.

pasu bunga ikea, diy
Satu letak atas meja kopi ruang tamu.

 

pasu bunga diy, ikea
Nah! Close up sikit. Helok je dia duk atas coffee table kayu pallet tu kan.

 

pasu bunga ikea. diy
Letak atas Coway satu! Biar berseri sikit dapurku.

 

pasu bunga ikea, diy
Atas oven pun kita letak juga. Haha.

 

pasu bunga ikea, diy
Haaa…satu lagi takdak bunga, buh sikat rambut. Pun boleh!

 

Alhamdulillah selesai sudah projek DIY Hawa untuk kali ini. Bolehlah ye kalau ada yang nak cuba buat. Mudah dan murah. Gunakan apa-apa bekas pun boleh je asalkan sesuai.

Selamat mencuba!

2 thoughts on “Buat Sendiri Pasu Bunga Comel Guna Bekas Kopi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!