Blog post

Bicara Yang Sering Berbeza Tapi Ada Satu Hal Yang Sama

May 5, 2018

Pemandangan biasa pada waktu pagi di tepi pantai dekat dengan rumah saya.

Si Ayah bersama anak-anak menolak bot ke gigi air. Kecil lagi anak-anaknya tu.

Bersiap sedia dengan bot kecil mereka untuk ke tengah laut mencari rezeki.

Si Ibu, berdiri di tebing pasir, dengan bekal di tangan. Hati ibu berat untuk melepaskan suami dan anak kecil ke tengah lautan, dilambung ombak yang kadang mesra kadang ganas.

Tapi, apa yang mereka ada untuk lari daripada realiti kehidupan. Mereka ada bot kecil itu .Itu periuk nasi mereka. Ada anak bersama ayah mencari rezeki.
Adik-adik di rumah minta disuap nasi.

Kita bicara tentang rumah impian. Mereka bicara tentang lantai rumah yang reput dimakan anai-anai.

Kita bicara tentang Lamborghini, Audi, mereka bicara tentang enjin motor yang sangkut-sangkut bila start motor.

Kita gebang tentang projek juta-juta. Mereka bangun pagi fikir setiap hari, bagaimana lagi untuk meneruskan kehidupan ini? Apa lagi yang boleh dibuat untuk hidup lebih selesa.

“Dah tu tak nak usaha lebih?”

Kawan, kita kena ingat, setiap orang Allah aturkan rezeki mereka di mana. Setiap orang peluangnya tidak sama.
Ada yang begini, ada yang begitu.

Tapi, peluang bersedekah, berinfaq sama untuk semua orang. Ya! Semua orang boleh berbuat demikian sementara masih hidup.

Saya selalu cakap dalam team #mommyluv. Kalau sekiranya kalian dah rasa cukup segala-galanya sekalipun, berbisneslah sungguh-sungguh. Hasil daripada bisnes itu, seandainya tiada keperluan dalam hidup kalian, kalian berilah kesemuanya sebagai hadiah kepada mereka yang memerlukan.

Itu harta yang kita akan bawa ke sana. Rumah besar, kereta besar, emas bertumpuk-tumpuk yang ada kat sini akan ditinggalkan jua nanti.

Yang benar-benar membantu kehidupan di sana adalah yang kita berikan hari ini.

Yang benar-benar kaya adalah yang menyimpan saham di sana.

Jom banyakkan memberi.
Pilih untuk ada banyak untuk beri banyak.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Prev Post Next Post