Belanja Suami Dinner Di Far Haus Cafe & Espresso Room

Belanja Suami Dinner Di Far Haus Cafe & Espresso Room

Belanja Suami Dinner Di Far Haus Cafe & Espresso Room | Pertama kali mengunjungi kafe ini adalah pada tahun 2018. Masa tu, Hawa cari-cari kedai makan yang best di sekitar Kemaman kononnya nak belanja Encik Husband makan. Belanja makan tu sebab masa tu bisnes agak menjadilah katakan. Haha.

Jadi, oleh kerana beliau dan bondalah yang menjadi tulang belakang Hawa dalam mengusahakan sesuatu maka Hawa decide nak belanja makan.

Hawa pilih masa hujung bulan untuk ajak beliau dinner. Bonda ada di kampung, jadi kita belanja En Husband dulu. Itu je yang mampu ketika itu. Nak hadiahkan barang-barang mahal belum mampu. Sedih kan? Haha. Lagipun, En Husband memang suka makan !

Sejak 2018 itulah, kami dah jatuh cinta dan Far Haus Cafe & Espresso Room dah jadi port dating kami. Dan kali ini baru nak tulis dan share ceritanya di blog. Haha.

Berbalik kepada cerita masa mula-mula pergi ke kafe ni, kami sampai di Far Haus Cafe & Espresso Room agak lewat (selepas Solat Isyak).

Oleh kerana kami belum pernah pergi, kami tak pernah tahu pun ada kafe unik di Kampung Binjai, Kemaman. Nasib juga ada kawan yang syorkan dan beliaulah yang booking Espresso Room tu serta join dinner juga ketika itu.

Dari Bandar Chukai memang kena betul-betul perhatikan lorong nak masuk kafe tersebut. Waktu malam agak keliru sebenarnya lorong ini. Kami juga belum lama tinggal di Kemaman, jadi belum tahu sangat selok-belok jalan di Kemaman especially kampung.

far haus cafe espresso room
Kagum dengan suasana kafe ini. Terasa macam ada dalam scene dalam Drama Korea Secret Garden tu. Haha. Ada unsur rustic, industrial ala-ala country side omputih punya konsep lah rasanya ni.  Apa aku merepek nih? Haha. Tapi serius menariklah !

 

far haus cafe espresso room
Ruang dalam Espresso Room. Ada aircond. Sangat sesuai untuk dating dengan suami, sambut hari lahir or event-event special. Perkara pertama yang Hawa belek adalah dekorasinya. Cozy environtment!

 

far haus cafe espresso room
Best untuk mengopi dengan kawan-kawan kan? Bincang apa pun tak taulah deme berdua tu. Ada nampak tali kan kat tepi tu? Itu tempat duduk macam buai tu tau. Boleh makan sambil berbuailah! Hihi. Jangan risau, kukuh kot benda tu.

 

Far Haus Cafe espresso room

Yang bestnya Far Haus Cafe & Espresso Room ni adalah menu yang pelbagai. Kalau tengok dekorasi kedai tu, pasti kita fikir ada menu-menu western hipster semua kan? Atau menu-menu kedai kopi kampung biasa. Tapi hakikatnya bukan begitu. Bukan sahaja menu western  tapi menu lokal seperti Nasi Lemak juga disediakan di sini.

Pilih sahaja nak makan dalam Espresso Room atau di luar beratapkan langit berbumbungkan bintang. Pastinya akan teringat-ingat akan pengalaman menjamu selera di sini.

Ikutkan hati, memang Hawa nak try semua menu di sini. Tapi, mana mungkin kan? Kena berulang kali datanglah kot untuk buat sensory test semua menu.

Ini antara makanan yang kami pesan malam tu.

far haus cafe espresso room
Chicken Grill

 

far haus espresso room
Chocolate Cake

 

far haus espresso room
Kami pesan Apple Juice dan Orange Juice sahaja sebab nak makan banyak tak boleh minuman yang bercoklat atau bersusu. Kami bukan peminat coffee so, memang tak pesan Coffee.

 

far haus cafe espresso room
Mushroom Soup

 

far haus espresso room
Cheese Cake ni sedap sangat tau! Hawa nak order lagi tapi segan kat kawan. Kalau dinner berdua dengan En Husband harus rembat 3 terus. Haha. Nasiblah ye bang, bini hantu cheese.

 

Dari segi portion, memang agak banyak dan mengenyangkan. Serius berbaloi tau dengan harganya. Mungkin di tempat lain tak dapat seperti ini. Sesuailah untuk kami yang memang makan bersungguh-sungguh ni! Bukan acah-acah makan then ambil gambar letak dalam instagram aje ye.

far haus cafe espresso room
Lamb Chop – Sos Blackpeppernya best!

 

far haus espresso room
Nasi Lemak Kerang

 

far haus cafe espresso room
Wafel at Far Haus Cafe & Espresso Room

 

far haus cafe espresso room
Far Haus Cafe & Espresso Room. Penampakan Spaghetti Aglio Olio di situ !

 

far haus cafe espresso room
Chicken Pie & Hot Mocha

 

far haus cafe espresso room
Minum sambil menikmati udara segar. Fuh !

 

Kesimpulannya, Far Haus Cafe & Espresso Room ni  selain dekorasi, menu yang sedap serta banyak , harganya yang sangat berbaloi , suasana sekeliling kafe yang susah kita nak dapat di tempat lain tu ada di sini. Gitu.

Far Haus Cafe & Espresso Room ini terletak di sebuah kampung di pinggir bandar. Sememangnya kurang pencemaran udara dan tenang dikelilingi pokok-pokok menghijau . Sesuai untuk mereka yang ingin mencari ketenangan dan menikmati juadah istimewa bersama orang tersayang. Memang sangat best !

Jika kalian nak bawa family ke sini atau nak buat event birthday anak dan sebagainya, eloklah call booking dulu. Takut-takut penuh pula nanti.

Kalian boleh follow : Facebook dan Instagram Far Haus Cafe & Espresso Room juga ye !

Boleh waze Far Haus Cafe & Espresso Room.

 

Ini alamatnya :

1625 Kampung Batu 4 Binjai
Kemaman, Terengganu.
Call atau WhatsApp : 017-942 0597

2 thoughts on “Belanja Suami Dinner Di Far Haus Cafe & Espresso Room

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!