Backyard Garden Terbengkalai Gara-Gara Si Kucing Comel

Sayu je rasa hati tengok kebun belakang rumah yang tak terurus (backyard garden omputih kata). Haha.

Kisahnya begini.

Beberapa minggu lepas ada beberapa ekor kucing liar yang Hawa selalu bagi makan tu datang.

Mereka datang kali ini bukan untuk makan. Bukan juga untuk singgah ziarah tanya khabar Hawa ke apa.

Mereka datang untuk ‘membuang’! Banyak tompok pula tu. Dahlah pilih port dalam pokok kangkung , kunyit dan lain-lain lagi. Bukan sekali, tapi tiap-tiap hari mereka seronok jadikan kebunku sebagai tandas mereka. Dah bersihkan hari ni, ehhhh esok ada lagi. Aduhai..

Apa lagi, membebellah mak cik ni. Tak puas hati punya pasal. Hilang terus selera nak masak or makan kangkung goreng belacan. Huh!

Bermula dari peristiwa itulah, Hawa cakap dengan suami, “Tak nak dahlah tanam-tanam pokok. Geli! Eiii! Geram betul kucing ni. Macam tak ada tempat lain”.

Suami diam dan senyum.

Hawa pun dah tak ambil pusing dah pasal tanaman tu. Hampir setiap hari pula hujan, so tak perlu nak siram. Ambil hasil pun tak. Geli! Sampai pokok kangkung tu menjalar entah ke mana daku tak kisah pun.

Sampailah suatu hari dalam minggu ni, Hawa dengar tazkirah daripada seorang ustaz.

“Setiap sesuatu yang tidak kita sukai itu kadang-kadang berlaku dalam hidup ini untuk Allah beri peluang kepada hambaNya naik ke darjat yang lebih tinggi asbab kesabarannya.”

“Sesuatu yang tak disukai oleh kita juga Allah takdirkan ianya berlaku mungkin asbab ada dosa-dosa kita yang belum minta ampun pada Allah”.

Ustaz juga pesan, jika keadaan yang kita tak suka itu berlaku, istighfarlah dulu. Usah buruan melenting dan membebel. InsyaaAllah, Allah pasti tunjukkan hikmahnya kenapa ianya berlaku.

Terus menangis. Rasa marah, bengang kat kucing tu semua hilang.

Betapa halusnya dan lembutnya tarbiyah Allah untuk seorang bernama Hawa ni sebenarnya.

Dihadirkan cuma beberapa ekor kucing untuk mengingatkan Hawa bukan yang teruk-teruk pun. Sungguh! Pada saat ‘mereka’ buat hal di kebun tu, Hawa lupa yang menggerakkan naluri si kucing itu untuk buat macam tu adalah Allah.

Ada sebab peristiwa di atas berlaku (dah tau dah kenapa), dan ada sesuatu yang Allah nak tegur Hawa untuk jadi hambaNya yang lebih baik. Syukur!

Dan…ajaibnya minggu ini, bayang si kucing yang datang buat hal tu pun tak nampak.

Kesimpulan yang Hawa boleh buat, kita kena selalu ingat segala sesuatu itu berlaku atas izinNya. Ada sebab, ada sesuatu yang Allah sedang didik kita.

Kita selalu doa nak masuk syurga kan?

Jadi kenapa tak boleh terima ‘training’ untuk orang-orang yang layak masuk syurga?

Minggu ini Hawa kembali berkebun, InsyaaAllah. Ada pokok yang kena tanam semula.

Hawa Hassan,
Aku yang tulis, aku yang sentap!

2 thoughts on “Backyard Garden Terbengkalai Gara-Gara Si Kucing Comel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!