Backyard Garden – Sebuah Permulaan Ke Arah Kurangkan Kos Barang Dapur

Syukur, Alhamdulillah dapat juga duduk rumah yang ada tanah. Walaupun sekangkang kera je tepi rumah tu, sangat bermakna untuk Hawa. Hobi tanam sayur. Sebab? Boleh makan dan tak perlu beli. Haha. Bukan itu je, sebenarnya berimpian jauh di sudut hati ni, nak makan sayur yang tidak menggunakan sebarang racun dan guna baja organik je. Gitulah.

Bermula sebelum Ramadhan lagi , Hawa dah slow-slow  tanam sikit-sikitlah pokok-pokok sayuran. Asalnya nak tanam dalam pasu je semua. Tepi rumah tu nak bentang artificial grass je. Kes malas potong rumput or cabut rumput.

Tapi, berubah fikiran la pulak. Nak buat ala-ala backyard garden lah macam omputih tu kan. Haha.

Separuh tanah yang kat depan, kita pasang artificial grass, separuh kat belakang kita kekalkan tanah macam tu je dengan tanaman-tanaman menjimatkan poket. Ala-ala macam gambar kat bawah tu lah.

 

backyard garden
Ihsan : Google

 

backyard garden
Ihsan : Google

 

backyard garden
Haaa…Nampak ? Ini realiti sekarang ye (gambar diambil dari pintu dapur) .  Jauh lagi nak jadi macam gambar di atas tu. Haha. Kayuh pelan-pelan jahhhh. Clear rumput-rampai dulu ye. Tenang.

 

Musim hujan ni agak mencabar jugaklah dengan rumput-rampai yang bergembira sakan tumbuhnya tu. Tambahan pula, tanahnya tu tanah tambun yang agak berpasir. Orang kata tanah yang kurang baja. Kena guna tanah hitam yang jual dekat nursery tu ( Mak cakap. Kena dengar kata pakar. Hihi).  Anak pokok kayu pun banyak. Nak kena cabut hingga ke akar umbi lah kiranya.

So, banyak lagilah kerjanya tu. Clear rumput-rampai, buat kotak-kotak tanaman tu (rasanya taknak guna kayu, tapi guna batu-bata, lebih tahan lama tak mereput), beli tanah hitam nursery. Baru boleh on projek dengan seindah rasa nak menanam.

Tapi, senarai yang nak ditanam tu dah ada. Panjang benar tu. Tempek kat sini, kalau-kalau hilang kat dalam handphone atau yang ditulis kat kertas tu, boleh rujuk sini.

Senarai pokok aku nak tanam (kemain) :

✅ Tepi pagar atas tanah

Kelapa tacunan – penjuru pagar
Mata kucing hybrid – tepi pagar
Durian belanda hybrid – tepi pagar
Pelam India – Alphonso (kalau jumpa spesies ni) – tepi pagar

✅ Dalam pasu besar – letak depan bahagian pagar kanan

Lemon hybrid – pasu
Limau kasturi hybrid – pasu
Limau purut hybrid – pasu
Limau nipis hybrid -pasu
Jambu strawberry hybrid – pasu
Tomato

✅Dalam box kayu/ batu-bata – bahagian belakang rumah :

Kangkung
Bayam
Sawi
Labu kecil
Bendi
Carrot
Lada besar
Lada kecil (Cili api)
Kucai
Bayam brazil

Serai
Pandan
Lengkuas
Kunyit
Halia

✅ Pergola Orkid Abang

Orkid

✅ Vertical Herbs Garden

Rosemary
Paisley
Daun ketumbar
Daun bawang

Haaaa.. Panjang tu list. Yang hybrid-hybrid tu kawan yang bagi cadangan tau. Katanya pokok tak tinggi sangat. Comel je untuk tanah yang tak berapa nak luas ni. Kena susun dan plan elok la kan, kalau tak serabut nampak kebun kita tu. Hehe.

Satu lagi, nak katanya berbeza sangat minatku dengan En Hubby. Dia suka tanam bunga especially orkid sedangkan daku tidak!. Itu sebab dalam list tu ada pergola untuk orkidnya. Harapnya dapatlah tunaikan impian dia nak ada pergola with hanging orchid tu. Bagi hadiah birthday dia benda ni jelah. Aci dak? Haha.

 

orchid pergola
Ihsan : Google

 

InsyaaAllah. Dalam perancangan. Dijangka siap tahun depan. Amin-amin. Buat masa ni, tanaman-tanaman dapur ni, dah wujud dan ada yang dah boleh tuai hasilnya pun.

 

chili, backyard garden
Pokok lada dah mula berbuah.

 

Pokok Lada
Pokok Lada

 

bayam brazil
Bayam Brazil – sedap buat ulam atau sayur campur

 

pokok kari
Pokok Kari

 

daun kucai
Daun Kucai – Buh dalam cekodok bawang, fuh ! sedap juga.

 

sawi jepun
Sawi Jepun

 

Sawi Jepun
Alhamdulillah dah kendurikan dah Sawi Jepun sulong haritu . Agak kecil lagi, tapi sebab dah lebam-lebam daunnya ditimpa hujan.

 

Kunyit, lengkuas, halia, serai, tomato dan labu baru je tanam. Harap tumbuh dengan gemuknya. Obes pun tak apa. Hehe.

InsyaaAllah sambung lagi bab ‘Backyard Garden’ ni nanti if ada perkembangan. Moga-moga tercapailah hasrat nak ada kebun sayur comel proper yang boleh letak kerusi dan meja cun. Petang-petang  boleh duduk-duduk minum teh dengan sepotong kek keju fefeling Cinderella (Cinderella duk dalam kebun sayur ke? ). Pape lah. Haha.

Sekian.

2 thoughts on “Backyard Garden – Sebuah Permulaan Ke Arah Kurangkan Kos Barang Dapur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!