Aiskrim Oreo Full Cream Milk Buat Sekali Tak Cukup Kena Buat Lagi ! | Bila dah ramai-ramai ada di rumah, macam-macam makanan boleh jadi. Seronok buat makan sebab semua habis. Haha.
Kali ni Hawa share Resipi Aiskrim Oreo Full Cream Milk pula. Sedap makan ramai petang-petang sambil tengok movie Tamil. Haha.
Bahan-bahannya simple saja.
Hawa guna 5 bahan di bawah :
1 cawan susu tepung
2 sudu besar gula
1 cawan susu cair
Air 1.5 liter air
Biskut Oreo (1 peket kecil sahaja) – dihancurkan
Caranya mudah sahaja. Jom buat !



Seterusnya campurkan 1 cawan susu tepung, 2 sudu besar gula, 1 cawan susu cair dan 1.5 liter air dalam jug. Jika nak lebih manis boleh tambah gula atau boleh juga gunakan susu pekat. Hawa lebih suka guna susu cair dan susu tepung full krim ( apa-apa jenama pun boleh ). Untuk rasa lebih manis pula Hawa masukkan gula ( Hawa gantikan dengan pemanis Erythritol). Just untuk minimakan manis yang berasal daripada gula putih. Oreo pun dah manis. So, nak makan tu taklah rasa berdosa banyak sangat. Hahaha.
Ya ! Benar, bukanlah sihat mana pun sebenarnya kan. Tapi, sedaya upaya minimakan penggunaan gula putih.
Langkah seterusnya, kacau jelah sehingga gula hancur.
Kemudian, masukkan ke dalam plastik aiskrim lebih kurang 3/4 panjangnya tu. Ikut mana yang sesuai dan mudah nak ikat hujungnya tu.
Akhirnya, masukkan ke dalam peti ais bahagian beku. Belum betul-betul beku lagi dah hilang satu demi satu. Gitulah.
Bolehlah mak-mak cuba buat untuk anak-anak. Senang, sedap dan cepat untuk dibuat.
sedap wey. haritu buat kat nina. hari2 mintak nak makan aiskrim. haha
Nana Hassan recently posted…Senarai Biasiswa Terkini 2020 – Malaysia Scholarships 2020
yaaa sedap sangattt. kejap je lesap.