Air Fryer PGMall : Pertama Kali Beli Gajet Dapur Warna Hijau

Air Fryer PGMall : Pertama Kali Beli Gajet Dapur Warna Hijau | Dah lama aku mengidam nak masak guna air fryer atau penggoreng elektrik dalam bahasa kampungnya.

Cuma, aku tangguhkan hasrat sebab takut jadi macam gajet-gajet dapur macam mixer, oven, toaster dan lain-lain yang tersadai di situ tak terguna. Masa nak beli bukan main cukupkan list alasan sebab nak beli, sudahnya tak guna juga. Husband acapkali jadikan bahan ketawa bila tengok gajet-gajet yang tersadai itu. Hahaha.

Nak jadi cerita, tempohari aku dapat topup c-wallet dari PGMall, dan aku sebenarnya tak tahu nak beli apa sebab terlalu banyak yang aku nak. Haha, nafsu wanita bukan mainan ya kalau bab shopping ni.

Husband cadangkan beli barang makanan atau barang rumah macam biskut, kerepek, minuman atau detergen tapi aku fikir semua tu dah ada dan aku tak nak makan biskut banyak dah sebab tengah diet kan? Haha.

Cari punya cari, aku decide nak beli Air Fryer. Jenama pilihanku ialah Khind sebab ada beberapa barang elektrik di rumah pun jenama sama dan memang puas hati guna.

Lagipun di website PG Mall ada Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) sehingga 31 Disember 2020 di mana dapat claim coupon code RM20 (untuk belian minimum RM50) dan RM30 (untuk belian minimum RM100).

Jadi, aku beli Air Fryer tu dapatlah lagi less RM 30. So, seronoklah. Guna C-Wallet dan dapat lagi less RM30 sebab harga Khind Air Fryer 2.6 liter RM100 keĀ  atas.

Beli Air Fryer di Pg Mall
Nah ! Ini detail siap proses order, pengeposan, penerimaan barang dan harga Air Fryer tersebut beserta coupon KBBM yang boleh diguna semasa checkout.

 

pg mall review
Inilah dia kempen yang aku cakap tu. Kempen Beli Barangan Malaysia.

 

Beli Air Fryer di PG Mall
Nah ! Hijau weh. Haha.

 

Beli Air Fryer di PG Mall
Ok lah kan?

 

Beli Air Fryer di PG Mall
Bahagian dalamnya. Bolehlah untuk kegunaan keluarga kecilku.

 

Beli Air Fryer di PG Mall
My husband try bakar ikan. Hahaha. Mudah dahlah lepas ni nak suruh dia tolong masak.

 

Beli Air Fryer di PG Mall
Done ! Menu orang kampung Ikan Bakar Air Asam, ulam salad dan Bayam Brazil cicah budu. Kenyang ! First menu guna Air Fryer. Orang lain dah lama guna. Kahkahkah.

 

Apa yang aku nak hightlight dalam entri kali ni bukanlah tentang menu dan apa aku masak menggunakan Air Fryer tersebut tapi tentang pengalaman beli barang kat PG Mall dan warna Air Fryer tu ! Hihi.

Kesimpulan yang aku boleh buat berkenaan pengalaman beli barang guna paltform PG Mall ni adalah :

  1. Sama atau lebih kurang je rasanya dengan platform lain seperti Shopee atau Lazada.
  2. Mudah dan cepat depend pada store. Store yang aku beli Air Fryer tu, hari ni aku place order esok dah received! Customer mana tak gembira kan?
  3. Customer service PG Mall juga layan dengan baik jika ada apa-apa masalah.
  4. Ada kelebihan pembelian iaitu lebih murah sebab ada barang dari store yang join Kempen Beli Barangan Malaysia sebab boleh claim coupon yang disediakan.

Satu lagi aku nak beritahu bahawa inilah kali pertama dalam hidup aku beli barang warna hijau. Nasib baik hijaunya tu hijau ‘mint’ gitu, so cantiklah bagi aku. Aku suka warna hitam tapi entah kenapa nak try ada barang warna ala-ala kehijauan dalam rumah. Faktor usia kot. Haha.

Bagus juga sebenarnya kalau kalian nak memiliki Air Fryer (bagi yang belum ada laa..) sebab :

  1. Memudahkan dan mempercepatkan kerja-kerja menggoreng makanan seperti kuih-muih, lauk-pauk. Letak, set suhu dan masa then, boleh tinggal buat kerja lain.
  2. Kurangkan penggunaan minyak dalam masakan seharian.
  3. Jimat sikit belanja tak payah beli minyak masak banyak. Hehe.
  4. Rumah tak berasap atau bau menggoreng yang semerbak.
  5. Mudah nak bersihkan bekas menggoreng sebab rata-rata bekasnya adalah non-stick (tidak melekat).
  6. Fungsi Air Fryer yang pelbagai. Macam-macam boleh masak guna Air Fryer.
  7. Boleh re-cook makanan seperti pisang goreng, kentang goreng dan lain-lain supaya kembali ranggup tanpa serap minyak . (Walaupun kurang sihat jugalah kekdahnya, hehehe).

Itulah serba sedikit tentang gajet dapur aku Si Air Fryer ni. Alhamdulillah sedikit sebanyak sangat membantu hidup aku seharian. Kalau nak beli juga bolehlah beli jenama KHIND. Ini review tulus tak berbayar tau. Hahaha.

Nah kalau nak beli barang elektrik boleh usha store ni kat PG Mall.

Khind by Costplus Online.

Okay ! Sehingga jumpa lagi di lain entri.

 

Hawa Hassan,

Seronok pula guna kata ganti nama ‘aku’ dalam penulisan. Entri seterusnya aku akan guna ‘aku’ juga lah ye. Hehe.

2 thoughts on “Air Fryer PGMall : Pertama Kali Beli Gajet Dapur Warna Hijau

  1. Please let me know if you’re looking for a author for your blog.
    You have some really great posts and I feel
    I woulod be a good asset. If you ever want to take some of tthe load off,
    I’d absolutely love to write some articles foor your blog in exchange for a link back to mine.
    Please blast mme aan email iif interested. Thanks!

    Feel free tto surf to my web page: Masakan Nusantara Dapur Cikur – Romansa Rasa Kala Itu
    Masakan Nusantara Dapur Cikur – Romansa Rasa Kala Itu recently posted…Masakan Nusantara Dapur Cikur – Romansa Rasa Kala ItuMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!