About

Assalamualaikum .

Terima kasih kerana sudi singgah ke www.hawahassan.com

Nama diberi Hawa Hassan.  Anak jati Pantai Timur (Terengganu) . Selesa dengan nama panggilan Hawa.

About Hawa Hassan

Hawa merupakan graduan di dalam bidang Bioteknologi Makanan yang suka menulis tentang pelbagai perkara. Mungkin disebabkan kurang pandai berkata-kata seperti orang lain, segala isi hati dan buah fikiran lebih mudah dilontarkan dengan bait-bait tulisan.

Pernah menulis cerpen yang diterbitkan dalam Antologi Cerpen SARKAS pada tahun 2016. Juga pernah terlibat dengan penulisan dan copywriting untuk blogger . InsyaaAllah akan ada lagi hasil tulisan yang bakal terbit. Mudah-mudahan dengan adanya blog ini, lebih banyak lagi hasil tulisan bermanfaat yang dihasilkan dengan konsisten, InsyaaAllah.

Hawa memilih untuk menjadi suri rumah yang dalam masa yang sama sebagai blogger, writer di samping terlibat dengan bisnes barangan ibu dan anak secara online.

Di blog www.hawahassan.com ini, Hawa akan berkongsi tips kehidupan, makanan, travel, projek-projek DIY dan idea dekorasi rumah serta pengurusan rumahtangga yang simple dan mudah.

Mungkin ada juga selingan kisah-kisah peribadi yang boleh diambil pengajaran atau panduan. Diselit pula dengan tulisan berkenaan healthy lifestyle.

Mudah-mudahan apa yang Hawa kongsi di blog peribadi ini memberi manfaat kepada semua yang membaca.

Selamat membaca celoteh-celoteh Hawa. Jika ada komen-komen membina atau cadangan penambahbaikan, silakan.

 

Sekiranya berminat untuk bekerjasama (review, advertorial, event, sponsor dan sebagainya) boleh emel  ke :

hawa.hassan85@gmail.com

 

atau hubungi Hawa di talian :

013 528 6769.

 

error: Content is protected !!