7 Sebab Kenapa Perempuan Suka Cari Gaduh Dengan Orang Yang Dia Sayang

7 Sebab Kenapa Perempuan Suka Cari Gaduh Dengan Orang Yang Dia Sayang | Agak sensitif bab ni kan? Tapi jujurlah sebagai perempuan, kadang-kadang ada je sesuatu yang bermain di fikiran yang membuatkan dia rasa tak puas hati dan nak cari gaduh dengan orang dia sayang.

Kenapa ya? Sebab sifat perempuan yang sensitif ke? Atau emosi yang selalu tak stabil ?

emosi perempuan
Gambar hiasan pexel.com.

Ini ialah antara 7 Sebab Kenapa Perempuan Suka Cari Gaduh Dengan Orang Yang Dia Sayang :

1# Sebab bosan

Aneh kan? Bosan je ajak bergaduh. Tak ! Sebenarnya begini, sesetengah perempuan apabila bosan tak tahu nak buat apa dan rasa perlukan kawan untuk berkomunikasi, jadi dia cari idea untuk tarik perhatian orang yang dia sayang dengan ajak bergaduh.

Sebab? Jika dia sekadar bertanya ‘dah makan?’ pastinya jawapan yang diberikan juga sepatah sahaja iaitu ‘dah’. Selepas itu yang di sebelah sana terus sunyi. So, cari isu untuk bergaduh. Panjang sedikit boleh berbual. Hahaha.

Bosan di sini bukanlah bermakna perempuan tersebut tak ada kawan, tak ada kerja nak buat. Akan tetapi, bosan sebab tak ada orang yang dia sayang di sisi. Hari-hari yang dilaluinya tanpa orang tersebut.

 

2# Nak menguji

Ada juga perempuan yang suka menguji dengan mencari isu untuk bergaduh. Mereka berfikir dengan cara menguji akan dapat menilai pasangannya itu bagaimana, boleh sabar atau tidak dengan kerenahnya atau sebaliknya.

Tindakan ini tidak berapa bagus sebenarnya sebab boleh mengundang rasa bosan pasangan untuk melayan. Asyik nak menguji je. Sekali-sekala bolehlah. Jika setiap hari annoying juga kan?

 

3# Kurang perhatian

Perempuan akan cari gaduh jika dia rasa kurang mendapat perhatian daripada pasangan. Biasa juga terjadi terhadap pasangan yang dah lama bersama. Bagi perempuan, semakin lama bersama semakin perempuan tersebut mahukan perhatian yang sama seperti mula-mula kenal dahulu.

Unik sungguh perempuan ni kan? Sabar je lah.

 

4# Ada masalah yang tak selesai

Kebiasaanya perempuan mahukan penjelasan atau perbincangan yang tuntas terhadap sesuatu masalah. Lelaki pula cenderung untuk berdiam diri dan lari jika ada masalah. Itulah sebabnya ada sesetengah perempuan yang akan text suaminya panjang berjela ketika suami di pejabat dan jika dibalas dengan ‘Ok’ atau ‘blue tick’ sahaja, makanya akan lebih panjanglah episod pergaduhan tersebut. Kahhhhhhh!!

Oleh sebab itu, masing-masing kenalah belajar berkomunikasi dengan baik dan kenal karakter masing-masing dalam menyelesaikan masalah. Paling penting letakkan ego kita di tepi.

 

5#  Terlalu rindu

Macam tak percaya ? Pelik tapi benar. Ada sesetengah perempuan yang akan ajak bergaduh jika dia terlalu rindu dan orang yang dirinduinya tu tak tanya khabar dia pun.

Bunyi macam kelakar. Boleh saja kalau rindu call atau mesej kan, cuma ada yang pilih untuk ajak bergaduh supaya perbualan jadi lebih panjang. Endingnya cuma ‘saya rindu’. Kelakar tapi wujud. Hahaha.

 

6# Nak beritahu bahawa dia sedang merajuk dengan orang yang disayangi

Mesej ajak bergaduh. Tapi, sebenarnya nak beritahu dia sedang merajuk.

“Abang ni memang teruk kan? Selalu macam tu”.

“Lahhh…Abang lupa semalam birthday sayang.”

“Tiap tahun pun lupa. Entah apa abang ingat. Abang ada makwe lain ke?”.

Siapppp, dia dah mula ajak bergaduh . Hahaha.

Jawapannya mudah sahaja. Usah dilayan soalan tersebut dengan jawapan-jawapan beremosi juga. Jawab saja tak ada, nyatakan sebab kalian terlupa, kerja di pejabat yang terlalu banyak dan beritahu hanya dia intan payung selamanya serta bawa balik kek hari jadi paling besar yang di dalamnya ada gelang emas kesukaannya. Selesai.

 

7# Dia sedang cemburu

Kadang-kadang perempuan ni ada banyak juga  benda yang tak masuk akal difikirkannya. Overthinking pun ya juga. Bayangkan kalau dia bermimpi suami kahwin lain, boleh bawa kepada pergaduhan pada keesokan harinya. Bergaduh sepanjang hari pula tu. Padahal mimpi je pun.

Parah ! Dia sebenarnya sedang cemburu. Apatah lagi kalau dia tahu sebelum kahwin dengan dia, kalian ada crush lain, ada ex-wife atau ada kawan rapat perempuan. Semuanya akan diungkit satu-persatu ketika dia cemburu.

Bersabarlah ! Ketahuilah bahawa sangat beruntung jika kalian menjadi orang yang dipilih untuk bergaduh tentang rasa cemburunya. Itu bermakna kalian adalah orang penting dalam hidupnya dan dia nak dia juga jadi orang penting dalam hidupmu.

Akan tetapi, usahlah berlebihan melayan emosi sebegitu. Takut-takut jadi rosak pula hubungan.

Kesimpulannya, memang ada sebab sesetengah perempuan suka cari gaduh. Namun, ada ketikanya sikap ini tidaklah memberi kebaikan kepada perhubungan.

Untuk para wanita, tak salah nak ekspresikan rasa dan emosi kita, cuma pilihlah masa dan keadaan yang sesuai. Selain itu, bertindak bijaklah mengawal emosi dan jadilah wanita yang lebih matang dalam menghadapi sebarang situasi dalam perhubungan.

Teruskanlah belajar, baca buku, cari tahu ilmu-ilmu perhubungan dan sama-sama kita menjadi wanita berakhlak yang menjaga tutur kata serta perlakuan dalam apa jua keadaan. Kita ingin dihormati dan disayangi, kita usaha buat dulu. 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!