7 Rahsia Istighfar Yang Patut Kita Semua Tahu

Kita mungkin dah terbiasa mengamalkan istighfar setiap hari. Kali ini nak share 7 rahsia istighfar yang patut kita tahu , Allah ada menyebut tentangnya dalam Al Quran dan dalam hadis juga banyak disebut tentang istighfar.

Istighfar adalah memohon ampun kepada ALLAH Subhanahu Wata’ala dengan kalimat.

Astaghfirullaahal’adzhiim atau dengan kalimat lain yang semakna.

Permohonan ampun ini dilakukan dengan hati yang tulus dan diikuti dengan penyesalan atas kesalahan yang telah dibuat serta bertekad untuk tidak mengulanginya.

7 Rahsia Istighfar Yang Patut Semua Tahu :

1. Keampunan Allah

Maka aku berkata (kepada mereka) Mohon-lah ampun kepada Rabb-mu sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun. (QS. Nuh :10).

 

2. Mengatasi kesulitan dan terbukanya pintu rezeki

Barangsiapa beristighfar secara rutin, pasti Allah memberinya jalan keluar dalam kesempitan dan memberi rezeki yang tiada terhingga padanya. (HR Abu Daud).

 

3. Menambah kekuatan

Dan (Hud berkata) : Hai kaum-ku, mohon-lah Ampunan kepada Rabb-mu lalu bertaubat-lah kepadaNya, nescaya Dia akan menurunkan hujan yang sangat deras dan Dia akan menambahkan kekuatan diatas kekuatan mu. (QS Hud : 52).

 

4. Memperoleh banyak kenikmatan

Dan hendak-lah kamu memohon Ampun kepada RABB-mu dan bertaubat kepadaNya, nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik kepada-mu sampai kepada waktu yang telah di tentukan. (QS. Hud : 3).

Nikmat yang tidak terhingga termasuklah nikmat rasa tenang dan bahagia sepanjang kehidupan.

 

5.Turunnya rahmat

Hendak-lah kamu memohon ampun kepada Allah, agar kamu mendapat rahmat. (QS. An-Naml : 46).

 

6. Sebagai Kafaratul Majlis

Barangsiapa yang duduk dalam satu Majlis (perkumpulan orang) lalu di dalamnya banyak perkataan sia-sianya atau (perdebatan) kemudian sebelum ia bangkit dari majlis membaca (Istighfar).
Subhaanakallahumma wa bihamdika asyhadu allaa ilaaha illa anta Astaghfiruka wa atuubu ilaih.

(Maksudnya : Maha suci Engkau Ya Allah, dan aku memujiMu dan aku bersaksi bahwa tiada Allah melainkan Engkau, aku memohon ampun dan bertaubat kepadaMu).

Maka ia akan diampuni kesalahan-kesalahan yang diperbuatnya selama di majlis itu.

(HR Ath-Tirmidzi, Nasa’i, Ibnu Hibban, Abu Daud dan Al-Hakim).

 

7. Terhindar dari azab Allah

Dan tidak-lah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang mereka masih memohon ampun (Istighfar).

(QS Al-Anfal : 33).

 

Itulah tujuh rahsia istighfar. Semoga bermanfaat untuk kita semua. Mudah-mudahan semakin banyak istighfar kita setiap hari sebab setiap detik manusia tak lari dari berbuat dosa. Moga dengan istighfar, mohon ampun pada Allah, dosa-dosa kita Allah ampunkan, Allah terima setiap amal kita, bahkan jadi lebih dekat dengan Allah. Amin.

Just nak share la kan. Kita mungkin nak istighfar banyak, tapi kesibukan harian tu kadang tu jadi penyebab terlupa la apa kan, jadi Hawa personally memang kena ada tasbih digital. Sebab? Kadang rasa dah istighfar banyak. Tapi, rupanya 4-5 kali kalimah tu keluar dari bibir. Allahuakbar! Malu sangat sebenarnya. Kalut dengan urusan harian sampai lupa minta ampun dengan Allah. Padahal for sure banyak kesalahan kita setiap hari.

tasbih digital
Ada banyak warna. Setiap hari guna warna lain-lain. Hihi.

 

Hawa ingat lagi pernah borong 100pcs tasbih digital tu sebab dapat harga lagi murah. Tasbih digital biasa tu je, bukan yang ada LED. 100 pcs RM85.00 je termasuk pos. Lepas tu bagi-bagi kat kawan-kawan dekat, bagi kepada anak-anak dalam team bisnes tu, bagi free gift kat customer. Yang tinggal tu 10 pcs Hawa punya. Tapi, sekarang dah tinggal 3 je. Haha. Mana hilang tak tahu. Benda kecil kan, alaaaaa..macam kerongsang dan getah rambut juga la kekdahnya.

Jadi, Hawa syorkan terutamanya untuk ibu-ibu, yang bekerja di pejabat mahupun bekerja di rumah bersama anak-anak seharian, gunalah tasbih digital. At least, terpandang tasbih digital tu, kita jadi ingat. Istighfarlah!

2 thoughts on “7 Rahsia Istighfar Yang Patut Kita Semua Tahu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!