7 Langkah Mudah Untuk Kita Sayangi Diri Sendiri Setiap Hari

7 Langkah Mudah Untuk Kita Sayangi Diri Sendiri Setiap Hari | Sebelum sayang orang lain, sayang diri sendiri terlebih dahulu. Kadang-kadang kita lebih fikirkan orang lain, lebih utamakan pandangan dan penghargaan dari orang lain sampai kita lupa nak hargai dan sayang diri sendiri.

Wanita terutamanya perlu ingat, kita okay InsyaaAllah orang sekeliling kita pun okay. Begitulah sebaliknya. Jadi, nak sentiasa okay kenalah sayang diri sendiri terlebih dahulu.

Bagaimana nak rasa sayang diri sendiri setiap hari ?

Jom buat langkah mudah ini :

7 Langkah Mudah Untuk Kita Sayangi Diri Sendiri Setiap Hari

#Langkah 1 – Bangun awal sebelum Solat Subuh.

Bangun awal pagi adalah tanda kekuatan mental kita bermula. Orang-orang berjaya kebiasaannya memulakan hari seawal mungkin.

 

#Langkah 2 – Terus mandi dan usahakan untuk solat sunat especially Solat Sunat Tahajud. Seterusnya Solat Subuh dan mungkin boleh Baca Al Quran atau apa-apa wirid seperti Mathurat.

Firman Allah SWT yang bermaksud ;

Wahai orang yang berselimut! Bangunlah untuk solat malam, kecuali sedikit sekali untuk tidur, iaitu seperdua dari waktu malam itu atau kurang sedikit daripadanya atau lebihi dari seperdua itu. Dan bacalah al-Quran dengan tartil dengan penuh perhatian, pengertian dan khusyuk.

Sesungguhnya saat-saat di waktu malam itu lebih kuat untuk khusyuk. Sesungguhnya bagimu waktu siang itu cukup panjang untuk berbagai urusan atau sebutlah (iaitu ingatilah) selalu nama Tuhanmu, dan beribadatlah kepadaNya sepenuh hatimu.

(Surah Al-Muzzammil : 1 – 4 dan 6 -8 ).

Konsisten amalkannya pasti memberi kesan yang besar dalam kehidupan seharian.

 

#Langkah 3 – Hargai sarapan yang telah disiapkan. Sama ada masak sendiri atau beli tak kisahlah. Happy sahaja dengan semua pilihan yang kita masih ada.

 

#Langkah 4 – Mulakan kerja-kerja pada hari tersebut dengan Bismillah dan senyum.

Jika bekerja di pejabat atau luar rumah, sampai tempat kerja, masuk dengan gembira. Sapa semua orang yang kita jumpa dengan memberi salam. Kita akan dapat jawapan salam semula. Doa itu kebaikan yang besar.

Jika bekerja dari rumah pun boleh buat juga. Mungkin bersapa dengan teman-teman di Facebook, jiran-jiran sesama bekerja di rumah atau share sesuatu yang bermanfaat dalam group WhatsApp.

 

#Langkah 5 – Setkan dalam minda hari ini pasti dapat belajar sesuatu.

Setiap sesuatu yang berlaku pada hari itu, kita jadi lebih tenang tak kalut sebab hidup ini proses belajar menjadi lebih baik. Masalah datang pun kita tenang sebab kita tahu Allah nak bagi ilmu baru melalui cara selesaikannya.

 

#Langkah 6 – It’s okay not to be okay (Butterfly Hug Method)

Ada ketika dalam kita menyelesaikan tugas kita tak dapat apa yang kita nak atau tak capai pun target hari tersebut. Boleh jadi juga ada macam-macam masalah yang menyebabkan kita terduduk.

Usah blame diri sendiri dengan ayat :

” Aku memang tak reti urus masa”.

“Aku mak yang tak baik”.

“Aku tak pandai nak buat”.

Jika sedang berdiri, kalian boleh duduk dengan selesa. Tangan kanan pegang bahu kiri, tangan kiri pegang bahu kanan (secara bersilang) dan beritahu diri kita dengan ayat begini :

“It’s okay Hawa, awak sedang belajar. Wajarlah banyak tak sempurna”.

“It’s okay Hawa, tak ada masalah tak boleh selesai. Buat je satu persatu kerja tu. Tak perlu compare dengan orang lain”.

“It’s okay Hawa, you can do this. Just give yourself time”.

Cuba amalkan begini. InsyaaAllah sangat membantu. Hawa tahu teknik ini dari Korean Drama It’s Okay Not To Be Okay. Kalian boleh tonton drama tersebut. Best !

Ianya seolah dipeluk oleh someone yang menyayangi diri kita dan orang tersebut tenangkan kita dengan kata-kata positif which is kita sendiri sebenarnya yang buat tu. Namun, ianya sangat membantu untuk lebih tenang dan menaikkan kembali semangat setelah kita down.

Method ini juga sebenarnya pernah diajarkan kepada mangsa ribut di Mexico untuk merawat trauma yang dilalui oleh mereka. Cubalah !

Butterfly hug method
Butterfly Hug Method

 

#Langkah 7 – Reward diri setiap hari.

Bukanlah kena shopping beli emas atau barang mahal setiap hari. Mungkin sekadar  secebis nota untuk diri sendiri seperti ini.

tip sayangi diri
Tulis sajalah apa-apa untuk diri sendiri.

 

Atau boleh juga reward dengan aiskrim, kuih-muih dan sebagainya. Ikut suka kita lah. Janji kita rasa gembira.

7 langkah ini InsyaaAllah boleh buat kita rasa suka diri sendiri, sayang diri sendiri.

Selain itu, kita juga mudah untuk maafkan orang lain dan lebih tenang sebab kita tak akan hidup dalam kenangan lalu atau tak simpan yang tak best dalam hati dan fikiran.

 

InsyaaAllah jika hidup kita lebih gembira setiap hari, rezeki pun mudah nak mendekati kita kan?

 

Jom cuba buat 7 Langkah Mudah Untuk Kita Sayangi Diri Sendiri Setiap Hari.

 

Love yourself first !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!