7 Langkah Mesti Buat Sebelum Mulakan Dekorasi Rumah Minimalis

Sejujurnya, sebelum ni Hawa rasa hidup ni sangat banyak benda nak kena fikir. Tambahan pula, kita seorang wanita yang setiap hari ada rutin sebagai seorang surirumah. Dengan minor OCD yang dialami, hidupku rasa macam complicated sangat padahal tak pun! Nak deko-deko rumah pun tak ada mood. Haha.

Meh nak listkan apa yang seorang perempuan kena fikir hari-hari:

  1. Basuh pinggan
  2. Lipat pakaian
  3. Kemas almari pakaian
  4. Kemas barang dapur
  5. Sapu rumah
  6. Lap itu-ini
  7. Kemas katil
  8. Siapkan bahan nak masak
  9. Susun bahan makanan dalam peti
  10. Susun pinggan mangkuk
  11. Iron baju suami

Eh! Banyaklah. Itu baru 1% kot. Jadi, setiap hari minda seorang wanita tu dibebani dengan pelbagai hal. Baik hal dalam rumah mahupun hal di tempat kerja if bekerja di luar. Nak deko rumah? Alaaa…deko pun macam serabut dengan banyak barang. Haha.

Bertambah sarat pemikiran Hawa ni setiap kali tengok bilik tidur ketiga tu penuh dengan kotak-kotak barang pindah yang tak tahu nak buka kemas tang mana dulu. Risau pun ya juga sebab takut semak rumah dengan barang-barang yang banyak tu.

Jadi, ada masanya kita rasa sangatlah sesak fikirannya tu. Moody tau tak? Nak pilih tudung yang match dengan baju pun dah sekian hal. Haha. Belum cerita cari barang tak jumpa sebab terlalu banyak barang dalam rumah. Sekali kunci kereta misplaced, mungkin satu rumah terpaksa geledah. Dan aktiviti mengemas akan berulang lagi dan lagi. Mengemas tapi tak kemas-kemas pun. Haaaa macam tu.

hidup minimalis
Best kan dapat ruang tamu gini.

 

hidup minimalis, simple
Wardrobe pun ada banyak ni je baju. (Contoh)

 

Disebabkan hal-hal di ataslah, Hawa rasa kena buat sesuatu sebelum deko-deko rumah. Goalnya adalah nak hidup simple, minimalis tak banyak barang. Fikir, guna, simpan hanya yang perlu sahaja. Otak atau rumah kita bukan muzium atau tempat pengumpulan hal-hal atau barang yang lama dan yang tak perlu.

Jadi, Hawa  sedikit sebanyak membaca tentang cara mengemas dan cara nak hidup minimalis. Akhirnya terjoin group Dr Hani (#kemasrumahwithhani). Hawa tekan je butang join sebab nak belajar. Kebetulan pula beliau buat cabaran declutter barang rumah. Yeay! Itulah matlamat saya!

Dalam group tulah banyak belajar dan membina kekuatan untuk melepaskan barang-barang yang tak diperlukan, tak digunakan atau yang dah rosak. Sebelum ni, banyak benar ‘sentimental value‘ nya tu. Itu yang semua nak simpan. Haha.

Hidup minimalis/simple tu apa?

Mudahnya macam nilah. Ianya satu pola hidup yang bukan sekadar mengurangkan pembelian barang-barang seperti pakaian dan barang rumah, tetapi juga mengurangi ‘rasa kepemilikan’ terhadap sesuatu barang.

Dengan cara ini secara tak langsung rumah atau bilik akan lebih lapang , lebih rapi dan tak perlu beria nak selalu mengemas. Hidup juga lebih tenang dan tak perlu berfikir tentang  barang-barang yang banyak tu.

So, apa yang perlu dilakukan ? Ini Hawa share secara mudah apa yang Hawa buat semasa proses declutter rumah bulan lepas.

Langkah-langkah ini sesuai untuk mereka yang memilih untuk hidup minimalis macam Hawa lah ye!

7 Langkah Mesti Buat Sebelum Mulakan Dekorasi Rumah Minimalis

1. Set dulu target untuk hidup lebih simple dan tenang. 

Kalau Hawa, memang set target nak rumah yang selalu cantik, bersih dan kemas serta lapang tanpa barang yang tak digunakan. Satu lagi, tak ambil masa yang lama untuk mengemas setiap hari (Eh! Boring laaa asyik mengemas je!) . Setiap ruang juga mesti berfungsi dengan baik.

2. Duduk dan muhasabah seketika – fikirkan barang apa dalam rumah yang berguna dan relevan dengan hidup kita, bukan simbol status, kekayaan atau sesaje nak simpan. Kalau boleh ajak pasangan bersama dalam misi ini.

3. Plan di mana nak bermula, mulakan dengan satu ruangan terlebih dahulu dan tetapkan zon setiap ruangan tersebut.

Usah buat sekaligus satu rumah, nescaya kita akan kehilangan punca dan mood untuk teruskan proses ini pun pasti ke laut dalam!. Akhirnya, tak siap-siap mengemas sampai ke sudah. Trust me!

Hawa mulakan dengan bilik tidur utama dulu kemudian baru yang lain.

tip dekorasi minimalis
Ni Hawa tulislah…haha

 

tips dekorasi rumah minimalis
Tetapkan zon – tempat nak buat sisihan tu. Wardrobe ke, almari make up ke..

 

4. Sediakan ruang pengumpulan barang yang disisihkan.

Ada 4 kategori iaitu – Buang, Derma, Pindah Tempat atau Jual as prelove. Proses buang, derma atau jual Hawa serahkan pada suami. Hehe. Itu perjanjian kami sejak awal nak mula buat sisihan.

hidup minimalis
Ruangan untuk buang

 

hidup minimalis
Ruangan untuk derma

 

hidup minimalis
Ruangan replace – Hawa letakkan barang-barang yang belum ada ‘rumahnya’, barang yang nak dipulangkan dan seumpamanya.

 

5. Senaraikan barang yang nak disisihkan 

Contohnya :

  • Semua jenis pakaian yang lama/lusuh/rosak/tak ikut trend/tak muat/tak digunakan
  • Buku-buku lama/rosak/tak diperlukan
  • Peralatan dapur rosak/lama/tak diperlukan
  • Peralatan elektrik rosak/tak diperlukan
  • Pinggan mangkuk rosak/sumbing/tak diperlukan
  • Ubat-ubatan tamat tempoh
  • Aksesori seperti brooch, getah rambut yang dah tak elok
  • Alatulis yang rosak
  • Kad warranti tamat tempoh
  • Surat-surat dan resit yang tak perlu
  • Pengecas yang rosak
  • Towel/ toto yang rosak, lusuh atau tak diperlukan
  • Barang-barang dekorasi yang rosak/tak diperlukan
  • Makanan rosak/tamat tempoh
  • Bekas-bekas rosak/tiada penutup
  • Alat make up yang tamat tempoh/ tak digunakan lagi
  • Mandian/shampoo dan lain-lain yang tamat tempoh atau tak digunakan lagi
  • Handbag/beg/beg plastik yang tak digunakan atau rosak

Pilih je barang yang perlu dan barang yang tak perlu. Macam mana nak pilih? Cara Hawa mudah je. Cuba fikir, barang tersebut kita guna tak sepanjang 3 bulan lepas? Dan barang tersebut kita akan guna tak dalam 3 bulan ke depan? Jika tidak, just let go. InsyaaAllah mungkin ia memberi manfaat kepada orang lain kalau barang tersebut masih elok.

Tak perlu nak sayang sangatlah! Harta dunia je pun. Nak sedekah time hidup ni lah kan. (Ooops! Sis sentap sendiri).

Kemudian, kemas atau susun barang yang kita nak guna tu di tempat khas untuknya. Nak lebih kemas, labelkan.

Ini contoh hasil sisihan Hawa.

declutter
Buang : Bekas-bekas yang tak digunakan atau rosak

 

declutter
Buang : Kotak-kotak yang tak digunakan

 

declutter
Buang : Peralatan elektrik yang rosak

 

declutter
Buang : Peralatan memasak yang rosak

 

declutter
Buang : Alatulis dan resit-resit yang tak perlu atau rosak

 

declutter
Derma : Bagi kepada sesiapa yang perlu, peralatan dapur seperti dulang, periuk nasi, set jug dan gelas kaca.

 

declutter
Derma : Plannya nak letak di perpustakaan masjid supaya lebih bermanfaat. Ada juga yang baca nanti.

 

declutter
Derma : 2 kotak besar pakaian wanita dan lelaki yang masih cantik dan baru. Ada yang  pakai hanya pakai sekali dua. Masih mencari kepada siapa nak diberikan.

 

6. Jangan lupa set masa

Ingat tau kawan-kawan, hidup kita sebagai golongan mak-mak ni bukan untuk mengemas je seharian. Banyak kerja lain jugak ye. Hehe. So, set timer. Jalankan operasi mengikut zon dan ruang yang dirancang dalam masa yang ditetapkan. Hawa biasa ambil masa 15 minit sahaja untuk buat proses sisihan. Biasanya sebelum tidur, spend 15 minit je. Untuk ruangan yang banyak kotak-kotak tu, Hawa buat weekend dengan suami.

Hawa ambil masa selama 20 hari untuk siapkan proses ini. Buat sedikit demi sedikit. So, tak rasa penat or stress. Just enjoy !

7. Fikir berulangkali dan jadi waras

Point ini lebih kepada selepas proses sisihan barang.

Kebanyakan kita hidup dalam lingkungan yang obses dengan pakaian trend terkini, kelengkapan rumah terkini, gadget terbaru, atau barang lain. Banyak pula tu tukang promote kan? Haha. Dah ada Tupperware banyak dah pun, beli lagi dan lagi buat koleksi dengan alasan nanti nak guna. Sama juga dengan pakaian.

Tapi, sebenarnya kita perlu ada kesedaran bahawa tak perlu memilikinya untuk rasa bahagia. Bahagia membeli tu ‘fatamorgana’ je. Bulan depan tengok hat lain, nak yang tu pulak. Sentiasa rasa tak cukup.

So, setiap kali nakkan sesuatu barang, cuba fikirkan kembali, adakah barang tersebut benar-benar diperlukan atau sebenarnya cuma keinginan kita. Akal waras kita pasti tahu ianya perlu atau tidak.

Mudah ke mudah? Hehe. InsyaaAllah boleh.

Paling best yang Hawa rasa selepas buat semua ni adalah, RASA LEGA, RINGAN KEPALA !

Rumah lapang, tinggal barang yang nak digunakan sahaja. InsyaaAllah proses dekorasi minimalis selepas ini akan jadi lebih mudah.

Hawa share perbezaan sebelum dan selepas bilik tidur No.3 yang ‘menjadi’ stor dan workstation sebelum ini. Alhamdulillah ruang ini sudah berfungsi dengan baik sekarang.

tips dekorasi minimalis
Bilik No. 3 (sebelum)

 

declutter
Buat kerja kat sinilah sebelum ni. Haha. Sedehhh.

 

dekorasi minimalis
Bilik No. 3 (selepas)

 

dekorasi minimalis
Lapang ! Boleh bergolek-golek lagi kat situ. Kami jadikan bilik solat dan lepak malam-malam. Haha.

 

Alhamdulillah. Walaupun belum mula dekorasi apa pun, tapi puas hati rumah lapang dan kemas.

Jika ada kawan-kawan yang rasa macam sesak nafas je tengok rumah yang banyak barang dan berimpian nak hidup minimalis serta tak perlu nak mengemas beria setiap hari, boleh follow 7 langkah yang Hawa share tu ye.

Dan….kalau rasa perlukan semangat daripada teman-teman yang melakukan hal yang sama, boleh join group Facebook Dr Hani. Search je group #kemasrumahwithhani. InsyaAllah kalian boleh belajar mengemas rumah dengan betul.

All the best! Mudah-mudahan, rumah kita jadi macam hotel. Setiap hari duduk di hotel Home Sweet Home! InsyaaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!