7 Challenge Mudah Dan Murah Ini Boleh Ubah Rumah Jadi Lebih Cantik!

7 Challenge Mudah Dan Murah Ini Boleh Ubah Rumah Jadi Lebih Cantik! | Boring ke terperap di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ? Jangan gitu kawan. Frontliners semua bertungkus lumus siang malam usaha untuk flattenkan curve kes Covid-19 ni kan. Jom kita beri kerjasama sebaiknya.

Dah nak dekat sebulan kan kita ber PKP ? Rumah nampak messy? Tired? Scruffy? Serabut sebab asyik disepahkan anak-anak. Udah tak larat nak kemas? Hahaha. Sabar buuuk!

Hawa nak share 7 challenge yang boleh dibuat di rumah masing-masing bersama ahli keluarga semasa PKP ni. Kita ubah sikit suasana rumah supaya nampak macam ‘rumah yang lain’. So, hati pun lebih happy dengan suasana baru. Sepah tetaplah sepah kalau ada anak kecil tapi yang penting kita nak wujudkan suasana yang baru.

Okey! Apa nak buat ?

 

1.Declutter

Maksudnya sisihkan apa-apa yang tidak perlu dan tak digunakan dalam rumah kita. Macam mana nak buat ? Ada tips yang pernah Hawa belajar. Cuba pegang barang yang kita ada, kemudian ingat balik 3 bulan lepas kita guna tak barang tu. Dan…3 bulan akan datang kita akan guna tak barang tersebut? Jika kedua-duanya jawapannya tidak so, boleh let go barang tersebut.

Kadang kat rumah kita semua simpan. Charger rosak, bateri yang dah tak boleh guna, pinggan mangkuk sumbing, alas meja dah koyak. Hmmm…. belum cerita kain baju yang dibeli tak pakai or dah tak muat nak pakai tapi tersimpan dalam almari kononnya nanti nak pakai bila kurus balik. Sudahnya berabad di situ. Kahkahkah !

So, time to declutter !

 

declutter,5s
Amalkan konsep 5S juga dalam rumah kita.

 

Baca sini : Tips Mudah Step By Step Declutter Barang Dalam Rumah

 

2. Letakkan scented candle atau lilin aroma di tempat yang sesuai. Kebiasaannya ruang tamu dan bilik tidur.

Kat mana nak cari ? Boleh beli online atau kalau pandai bolehlah DIY kan. InsyaaAllah ada masa Hawa pun nak cuba buat sendiri juga.

Tujuan letak lilin aromaterapi ini adalah untuk menaikkan ‘mood’, bantu beri ketenangan apatah lagi kalau guna essential oil (minyak pati tumbuhan asli) seperti lavender, rose, chamomile dan lain-lain yang banyak khasiatnya tu.

 

scented candle

 

3. Ubah stail coffee table di ruang tamu.

Since ruang tamu adalah tempat tumpuan yang mana merupakan tempat pertama yang dilihat dalam sesebuah rumah, maka setiap ubah suai yang dilakukan akan turut mengubah suasan sesebuah rumah.

Tak perlu belanja besar jika tiada bajet. Cukup ubah stail coffee table saja.

 

tips deko rumah bajet
Boleh letak pasu bunga DIY yang baru. Boleh juga buat alas meja dari kain perca. Boleh macam-macam tau. Tengok idea kat Pintrest memang best sangat. Cubalah !

Baca : Pasu Bunga Ala Ikea Guna Bekas Kopi Terbuang

 

4. Display item in threes or fours.

Kalau sebelum ni selalu letak barang hiasan seperti pasu tu seketul atau dua saja, cubalah letak 3 atau empat bersama.

Trick mudah ini boleh ubah suasana lebih fresh dan ada kelainan.

 

tip deko rumah bajet

 

5. ‘Plump up’ semua kusyen-kusyen yang ada di rumah.

Tak kisahlah kusyen di ruang tamu mahupun di bilik tidur, plump up semula bagi nampak penuh dan baru. Hodoh dan tak kemas kan kalau kusyen dah penyet. Caranya, boleh goncang-goncangkan ia. Tak pun, Hawa pernah alter kusyen dengan tambah fiber atau if tak ada fiber campurkan saja kain-kain reja dalam kusyen tu untuk nampak kembung kembali. Mudah kan?

 

tip deko bajet

 

6. Tambahkan lampu beraneka jenis di mana-mana sudut rumah

Tak kisah murah atau mahal asalkan sesuai bajet, citarasa dan deko rumah kita. Boleh letak di dinding, floor lamp, table lamp dan macam-macam lagi. Nak letak lampu lip lap yang orang pasang time nak raya juga boleh je asal kena tempatnya.

 

lampu dinding bajet
Lampu dinding bajet guna bahan dari kedai eco. Kredit : Facebook Hani Mynis

 

7. Letakkan bunga fresh sebagai hiasan dalam rumah.

Mungkin dah ada bunga-bunga dalam rumah sebagai hiasan. Tapi, apa kata kali ini gunakan bunga segar sebagai gubahan hiasan dalam rumah. Untung jika anda suka menanam pokok-pokok tumbuhan atau bungaan. Bunga atau daun tumbuhan tersebut boleh dijadikan penambah seri dalam rumah. Pasti suasananya terkesan fresh!

 

hiasan bunga fresh
Kredit : spmodels.net

 

Jom cuba buat 7 challenge ni. Pasti suasana rumah akan berubah dan tak boring. Moga bermanfaat untuk semua pembaca.

2 thoughts on “7 Challenge Mudah Dan Murah Ini Boleh Ubah Rumah Jadi Lebih Cantik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!