6 Tips Elakkan Wanita Tertekan Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

6 Tips Elakkan Wanita Tertekan Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)| Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama dilihat menunjukkan kejayaan selepas tiada peningkatan kes COVID-19 secara mendadak dilaporkan sepanjang dua minggu pelaksanaannya.

Kini, Perintah Kawalan Pergerakan disambung selama 14 hari lagi (1 April -14 April) . Jujur sajalah fasa PKP ini mungkin sangat menguji emosi dan psikologi kita.

Ada yang berjauhan dengan pasangan, anak-anak, keluarga. Ada yang sedang dikuarantin. Ada yang terlalu penat dengan tugas seharian di rumah.

Ditambah pula dengan rasa bimbang tentang pelbagai perkara. Kadang kebimbangan yang berlebihan yang menyebabkan dada terasa sesak. Rasa susah nak bernafas.

Jadi, macam mana nak elak jadi lebih tertekan especially untuk mak-mak?

Hawa bukanlah siapa-siapa, sekadar kongsi apa yang pernah dan biasa Hawa buat saja. Mungkin beberapa tips ini boleh bantu yang lain juga.

6 Tips Elakkan Wanita Tertekan Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) :

1. Tambah bekal spiritual.
Tak dapat tidak tangki spiritual mesti penuh. Dekat dengan pencipta. Ujian ini dari Dia, yang mengakhirinya juga Dia. Kena selalu ingatkan diri bahawa ujian kali ini adalah untuk semua orang, bukan kita sahaja.

2. Setkan sesuatu yang kita nak capai setiap hari, minggu atau sepanjang PKP.
Pendek kata ada buat perancangan dan target untuk capai sesuatu dan cuba fokus target tersebut.

Contohnya, nak khatam Quran, nak baca 1 buku 1 minggu, nak tanam 1 pokok 1 hari. Nak turunkan berat badan atau terpulanglah kepada kecenderungan masing-masing.

3. Usah duduk bersendirian.
Zaman ni dah banyak alternatif untuk kita berhubung. Boleh WhatsApp, video call dan sebagainya.  Usahakan untuk bersosial dengan pelbagai cara.

4. Cari seseorang yang boleh kita berkongsi atau minta bantuan jika perlu.
Ada masa kita rasa macam ‘burn out’. Tak boleh tahan atau sabar dah! Cari someone yang boleh mendengar. Pada masa ini seorang wanita sebenarnya tak perlukan solusi, tapi perlukan orang yang mendengar. Elakkan bercerita dengan orang yang selalu terus bagi solusi ! Sebabnya? Nanti tambah stres pula. Atau jika tak mampu kongsi secara verbal, tulis je.

5. Alihkan seketika fokus kita kepada sesuatu yang kita minat atau suka.
Banyak benda boleh buat kan? Boleh menulis, memasak, kongsi resipi, melukis, berkebun di tepi rumah atau apa-apa sajalah yang buat kita happy.

6. Senaman ringkas dan deep breathing.
Lakukan senaman atau regangan simple setiap pagi atau petang. Nak berdansa pun boleh! Dalam rumah je pun kan. Jangan lupa juga, setiap kali terasa ada tekanan, stop sekejap semua perkara yang sedang kita buat dan duduk seketika. Tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan. Buat beberapa kali sehingga rasa lebih tenang.

Satu lagi, dalam pada kita fikir kita, kita jaga kita, usah lupa tanyakan adik-beradik, saudara-mara, jiran, sahabat handai bagaimana keadaan mereka. Perlu bantu, kita bantu.

Tetaplah di rumah dengan sabar. Doakan juga frontliners kita yang sedang berjuang.

Ya Tuhan Kami, ujian ini kami terima dengan redha. Ampunkanlah segala dosa-dosa kami. Jadikanlah kami semua hambaMu yang lebih baik. Jadikanlah juga ujian ini membawa kebaikan dan rahmat yang banyak untuk kami hambaMU.

Kami berharap, ujian ini berakhir dengan segera. Kami tiada daya tiada upaya untuk menghadapinya melainkan dengan kekuatan yang ENgkau berikan kepada kami.

You may also like

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!