4 Perkara Yang Perlu Dielakkan Jika Wanita Mahu Bisnesnya Berkat

Ramai wanita hari ini berbisnes baik part time mahupun fulltime. Kesibukan dan keghairahan berbisnes kadang-kadang menyebabkan ada perkara-perkara yang terlepas pandang. Jangan kerana mengejar impian demi impian, kita kecundang hal-hal tertentu.

Bisnes power dah, duit banyak dah tapi hidup rasa kosong, rasa ada sesuatu yang tak kena atau tak pernah puas mengejar dan mengejar. Hidup dalam keadaan desperate. Hawa tulis semula pesan guru-guru sebagai peringatan untuk diri sendiri dan juga teman-teman yang lain.

Wanita dan kesibukan berbisnes itu tidak salah, tapi bagaimana kita menguruskannya itu perlu diperhatikan.

Guru-guru Hawa pesan, jika mahu bisnes berkat dan sentiasa maju, elakkan 4 perkara ini :

1. Tok Imam dah baca Al-Fatihah, kita sibuk layan customer lagi atau meeting bisnes tak habis-habis.

Solatlah dahulu. Lepas tu sambunglah semula. Situasi ini cukup mencabar bukan? Ya betul! Sikit lagi, sikit lagi ! Sudahnya, 15 minit nak masuk waktu Asar baru kalut nak Solat Zohor.

2. Suami dan anak-anak sudah tunggu nak makan, isteri masih menguruskan order itu, order ini, hal itu, hal ini. 
Jika tiada hal mendesak emergency sangat-sangat, utamakan suami dan anak-anak. Jika emergency sangat minta izin daripada mereka elok-elok dan peruntukkan masa untuk itu. Kalau kata 10 minit, 10 minitlah, usah lebih. Di meja makan, elakkan memegang handphone. Tindak-tanduk kita diperhatikan dan ditiru oleh anak-anak. Pesan juga kepada pasangan. Maybe boleh buat rules keluarga, ‘No Phone’ di meja makan atau semasa bersama anak-anak.

3. Solat laju-laju takut customer-customer lari sebab lambat balas mesej. Atau takut terlepas masa nak hantar tender ke apa kan. Atau…Eh! Sekejap lagi orang Pos Laju nak datang ambil bungkusan. 

Tenanggg! Orang yang tenang sentiasa bersama Allah. Bila sentiasa bersama Allah, kita menang. Soal rezeki, serahkan sepenuhnya kepada Dia. Utamakan suruhanNya dulu. InsyaaAllah Dia sebaik-baik pengatur. Rezeki itu dari Dia. Jadi, selesaikanlah dulu yang wajib itu sebaiknya. Kata nak berkat!

4. Doa lepas solat laju-laju sampai semput nafas sebab bunyi mesej masuk menderu-deru atau nak kejar masa , banyak lagi nak buat.
Tenanggg ! Apa fungsi doa ya?. Berdoalah dengan tertib, mohon ampun pada Allah atas setiap dosa yang setiap hari kita lakukan.
Ingat kawan-kawan, semakin mengejar, semakin dunia ini lari. Letak dunia ni sebatas tapak tangan kita je. Yang perlu ada setiap masa dalam hati nurani, minda kita tu, Allah Azza Wajalla. Yang mengurus setiap langkah kehidupan makhluknya dari sekecil-kecil perkara sampailah sebesar-besar perkara. Masalahnya kita ni kan, tak harap , takut tak jadi padahal yang tentukannya adalah Allah.

Kesimpulannya, urus masa dengan sebaiknya. ‘Adjust’ ikut kesesuaian masing-masing.Jadikan 5 waktu itu sebagai parameter. Utamakan hak Allah dulu dan hak-hak ke atas yang disyariatkan Allah.

Mudah-mudahan kita boleh mencontohi dan mengikuti kehidupan yang dikisahkan dalam sirah tentang Saidatina Khadijah Radhiallahu ‘Anha. Bisnesswoman yang melangkaui benua. Amin. Selamat berbisnes kawan!

2 thoughts on “4 Perkara Yang Perlu Dielakkan Jika Wanita Mahu Bisnesnya Berkat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!