15 Tips Berkesan Untuk Melupakan Seseorang Dengan Mudah Dan Cepat

15 Tips Berkesan Untuk Melupakan Seseorang Dengan Mudah Dan Cepat | Hidup kita seharian pastinya tidak dipenuhi dengan hal-hal yang indah semata. Adakalanya kita terguris hati, terluka dan sebagainya.

Hawa pasti, ramai di kalangan kita yang sedang mencuba untuk melupakan kesedihan, kesengsaraan juga pengalaman yang pahit dalam hidup. Contohnya putus tunang, cinta yang tak kesampaian, perceraian, tertipu atau hal-hal lain yang melibatkan hubungan sesama manusia.

Adakalanya untuk melupakan seseorang yang pernah hadir dalam hidup kita sangatlah susah dan mengambil masa yang lama.

Cara melupakan seseorang

Namun, ianya sangat menyakitkan jiwa dan raga sekiranya sampai saat ini kita masih hidup dalam kenangan lalu. Adalah perlu untuk melepaskan pengalaman dan kenangan yang pahit tersebut supaya boleh fokus kepada hal-hal yang lebih bermanfaat.

 

Mungkin 15 tips ini boleh membantu kita untuk melupakannya dan move on.

1.Miliki hati yang nekad.

Ya. Nekad untuk melupakannya. Benar, untuk melupakannya perlukan masa tapi dengan adanya hati yang nekad kita akan berusaha walaupun pada awalnya terlalu sakit. Mungkin juga setiap hari akan menangis sedih.

Apa pilihan yang kita ada? Setiap kali kita rasa sedih dan tertekan, kita kena cepat buat keputusan. Nak bangkit segera atau tersepuk lama-lama melayan perasaan? Kita pilih.

 

2. Mohon kekuatan dari Allah.

Buat Solat Sunat Taubat, Solat Sunat Tahajud setiap malam. Berdoa sungguh-sungguh pada Allah mohon Allah lupakan kita padanya dan beri ketenangan serta kekuatan untuk meneruskan hidup. Banyakkan juga istighfar dan zikir-zikir lain di samping membaca dan tadabur Al-Quran. Perbaiki hubungan kita dengan Allah.

 

3. Sibukkan diri dengan hal-hal yang kita suka.

Mungkin kita ada hobi sendiri seperti hiking, bercucuk tanam, memasak, fruit carving, baking , dekorasi rumah dan pelbagai lagi. Ada masa lapang , usah melamun tentang masa lalu. Biarkan diri kita tenggelam dengan hobi atau minat kita tersebut.

 

4. Jauhkan diri dari berjumpa atau berhubung dengannya.

Elakkan berjumpa dan bercakap. Bukan bermakna kita memutuskan silaturrahim. Sekali-kali tidak ya! Kita cuma ingin mengelakkan hati dan emosi daripada semakin terluka. Kalau jumpa juga macam mana? Ini jawapan Hawa. Kalau jumpa juga Hawa akan buat-buat tak tahu dan tak nampak selagi mana hati belum betul-betul pulih dan melepaskan dia sepenuhnya.

 

5. Elakkan bercerita tentang dirinya.

Cukuplah bercerita tentang dirinya kepada sesiapapun. Masa bercerita kita rasa seronok, tapi kesannya kita susah nak lupakannya. Hati bertambah dalam lukanya.

 

6. Delete atau block saja semua platform yang membolehkan kita menghubunginya.

Delete saja no contact dia. Block jelah Facebook, Instagram, Twitter , WhatsApp atau apa sahaja yang berkaitan dengannya. Jangan gatal-gatal pula nak intai dia di Facebook dan lain-lain tu. Kuatkan hatimu sayang! Nak move on kan?.

 

7. Tulis. Tulis. Tulis. Dan Tulis.

Setiap kali hadir rasa rindu, sayang, sedih dan lain-lain akibat perpisahan itu, menulislah. Tak kisah nak tulis di atas kertas, dalam buku atau di mana-mana sahaja. Tulis semua perasaan yang hadir. Kalau nak menangis pun, menagislah. Tulis semuanya. Ini teknik meluahkan dan melepaskan rasa hati yang berkesan bagi Hawa.

 

8.  Buang atau sedekah saja segala pemberiannya.

Jika ada sebarang pemberian atau apa sahaja yang berkaitan dengannya, let go saja. Jika kita simpan, dikhuatiri semakin susah untuk melupakannya. Kita tak mahu hidup dalam kenangan kan? Perit sangat.

 

9. Berhenti ambil tahu tentang dirinya.

Kata nak ‘move on’ kan? Ya semestinya wajib berhenti ambil tahu tentang dirinya. Jika ada terasa nak tahu apa perkembangan dirinya, cepat-cepatlah sibukkan diri dengan perkara lain. Usah ikut perasaan.

 

10. Elakkan dengar lagu-lagu sedih atau lagu kenangan.

Banyak kan lagu cinta? Hehe. Elakkan melayannya buat sementara waktu. Pilih lagu-lagu semangat yang menyebabkan kita rasa nak bangkit untuk jadi lebih baik. Nak dengar zikir munajat, bacaan Al Quran juga sangatlah bagus. Untuk lagu, Hawa suka dengar  lagu “Hero” – Mariah Carey dan “Fight Song” – Rachel Platten kalau tengah down.

 

11. Fokus pada diri sendiri (fizikal).

Cukuplah sekian lama kita memikirkan hal orang lain. Tiba masanya untuk fikirkan diri sendiri. Rawat diri sendiri. Untuk wanita, bolehlah invest ke spa atau salon agar penampilan kita lebih baik dan berkeyakinan.

Boleh juga tukar cara penampilan kita asalkan masih dalam ruang lingkup syariat. Nak bergaya, nak lebih slim, cun dan gorgeous ? Silakan. Jaga amanah sekujur tubuh yang Allah kurniakan. Buat apa nak sakitkan diri sendiri. Orang tu dah happy sakan dah kot kan? Love yourself more than anyone okay !

 

12. Fokus pada pembinaan dalaman diri.

Sudah sampai masanya untuk lebih sukses. Cipta komitmen baru yang boleh membuatkan kita boleh upgrade diri dari segi ilmu, kualiti hidup dan lain-lain. Boleh juga jika ingin ke kelas-kelas yang menyediakan kemahiran seperti kemahiran dekorasi kek, menulis, bisnes, saham dan sebagainya yang kena dengan jiwa kita.

 

13. Berdamailah dengan takdir Allah.

Hidup, mati, jodoh, perpisahan dan semuanya adalah aturan Allah. Jalan takdir yang disusun Allah adalah yang terbaik untuk hambaNya.

Berdepan dengan ujian, kita tidak diberi banyak pilihan. Akur dan bersyukur atau marah dan gelisah. Kita pilihlah. – Bonda Nor

Jika dia terbaik untuk kita, pasti Allah dekatkan. Jika dia bukan terbaik , pasti Allah jauhkan sebab Allah tak mahu kita lebih sakit di kemudian hari. Allah sayang hamba-Nya.

 

14. Maafkan, sedekah Al Fatihah dan doakan dia.

Dalam kesakitan hati kita, mungkin ada dendam. Mungkin ada juga ketidakpuasan hati kita di situ. Tenang ! Jika datang rasa itu , beritahu diri begini:

Yang berlalu biarlah berlalu. Aku dah maafkan. Aku dah lupakan. Aku dah lepaskan semuanya. Masa depanku lebih penting. Allah sayang aku. 

Kemudian, sedekahkan Al-Fatihah untuknya dan doalah yang baik-baik untuknya. Konsisten saja dengan cara begini sampai hati hilang rasa terhadapnya. Saat itu, kita benar-benar rasa lega melepaskan semuanya.

Ingat ! Doa yang kita panjatkan untuk orang lain itu diaminkan malaikat dan akan kembali kepada kita semula. Bahkan Allah beri lebih dari apa yang kita doakan.

 

15. Amalkan ayat ini setiap kali selepas solat fardhu.

doa untuk melupakan seseorang

Baca ayat ini minimum 3 kali setiap kali selepas solat fardhu. Niatkan betul-betul untuk melupakan semuanya tentang orang dan masa lalu kita. Setiap kali teringatkan dia, baca je ayat ni. InsyaaAllah, Allah tahu awak boleh laluinya sayang!

Allah sedang persiapkan sesuatu yang istimewa sebagai buah kesabaranmu. Percayalah. Kalau bukan di dunia, pastinya di syurga atau Allah beri kedua-duanya dunia dan akhirat. MasyaaAllah.

 

All the best kepada semua yang sedang berjuang untuk melupakan masa lalu.

Kalian semua hebat !

Dalam diri kita ada raksaksa yang sedang bersedia untuk keluar menjadikan kita orang hebat sebenarnya. Sebab itu Allah uji dengan rasa sakit, terluka, pedih dan semuanya agar kita siap untuk menjadi manusia hebat yang bermanfaat untuk ummat.

Moga bermanfaat untuk semua yang membaca.

2 thoughts on “15 Tips Berkesan Untuk Melupakan Seseorang Dengan Mudah Dan Cepat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!