12 Tip Hias Rumah Yang Perlu Diambil Kira Agar Sesuai Dengan Tema Dan Bajet

Hawa ada terbaca satu posting di media sosial tentang tip dekorasi rumah. Tip ini dikongsi oleh owner A to Z Deko Kemaman. Apa yang Hawa boleh belajar daripada tips yang diberikan adalah seperti berikut :

12 Tip Hias Rumah Yang Perlu Diambil Kira Agar Sesuai Dengan Tema Dan Bajet

1.Pilih warna dinding paling akhir

Kenapa pilihan akhir ini berada di No.1? Sebabnya ramai yang akan sibuk pilih warna cat tiap kali nak masuk rumah baru. Sebenarnya warna dinding ini mesti dilakukan paling last selepas kita dah decide konsep atau warna perabot, langsir, lantai dan sebagainya. Juga selepas kita sudah pastikan tahap pencahayaan dan keperluan untuk menukar cat asal kepada yang baru. Jika tak sesuai dan tak perlu, tak perlu tukar cat.

2. Pilih warna neutral untuk cat dinding

Sebenarnya warna dinding yang neutral, lembut, adalah paling sesuai kerana mudah dipadankan dengan semua jenis kelengkapan rumah yang lain. Selain itu, ia menjadikan ruang nampak luas dan elegan.

3. Tidak terlalu padat

Pastikan setiap ruang  tidak dipenuhi dengan perabot dan aksesori yang terlampau banyak. Pastikan saiz perabot adalah sesuai dengan ruang. Teknikalnya, setiap ruang antara laluan hendaklah sekurang-kurangnya 36inci atau 3 kaki.  Jadi, dapatkan gambaran atau ukuran ruang anda sebelum membeli perabot dan kelengkapan hiasan rumah.

4. Gantung artwork pada ketinggian sesuai.

Secara teknikal, pusat (centre) setiap artwork hendaklah digantung pada paras 55 – 60 inci daripada lantai kerana aras mata kita adalah lebih kurang bersamaan dengan ukuran ini. Tetapi, untuk jam anda boleh menggantungnya pada aras yang lebih tinggi sedikit kerana biasanya jam bersaiz kecil.

5. Susunan perabot dia atas rug atau karpet.

Selalunya, ramai yang ikut suka sahaja nak beli rug atau karpet saiz berapa. Sebenarnya ada tiga cara macam mana nak susun perabot sekiranya anda menggunakan rug atau karpet.

1. Semua perabot di atas rug (saiz rug besar)
2. Semua perabot tidak menyentuh rug.
3. Bahagian depan sahaja di atas rug.

Pilih mana yang sesuai dengan ruang kediaman anda.

6. Jangan terlalu bertema.

Jangan stuck dengan sesuatu tema sehinggakan anda sanggup mencari warna perabot yang sama dengan langsir, atau membeli semua item bermotifkan warna yang senada. Cuba bermain dengan kreativiti, sepadankan setiap item dan campurkan kesemuanya supaya nampak serasi. Gunakan aksesori-aksesori kecil seperti sarung kusyen, jam, hiasan dinding dan lain-lain yang berbeza konsep atau tema supaya ruang tidak nampak terlalu kaku. Masukkan elemen alam seperti bunga untuk serikan ruang, tapi jangan terlalu banyak.

7. Wujudkan titik fokus.

Titik fokus selalunya terletak setentang dengan pintu atau ruang masuk utama. Titik fokus ini boleh dibuat menggunakan kertas dinding, mural, set perabot yang unik seperti meja konsol dan cermin, potret atau frame gambar, serta custom item seperti cermin dan wall panel.

8. Audit susunan

Jangan terlalu excited untuk meletakkan semua koleksi dekorasi anda pada titik fokus atau pada setiap ruang sekalipun. Kena pandai audit, yang penting ruang dekorasi janganlah terlalu semak dan padat.

9. Pelbagaikan scale.

Simple je, usah beli semua item yang besar sahaja, atau jangan beli semua item yang mini sahaja. Ada item sesuai di tempat luas dan ada yang sesuai di tempat kecil. Contohnya, sekiranya anda mempunyai dinding fokus yang kecil, cukup sekadar dihias dengan photomural yang unik dan menonjol. Atau sekiranya anda mempunya dinding yang lurus dan luas, buat imaginary lines antara ruang supaya anda boleh meletakkan beberapa wall art yang berbeza untuk memenuhi ruang imaginary anda.

10.Pencahayaan yang sesuai atau optimum.

Jangan jadikan rumah anda seperti gua, kelam tak bermaya, atau jangan jadikan rumah anda seperti makmal dengan cahaya yang terlalu banyak. Optimumkan pencahayaan. Gunakan sumber cahaya yang pelbagai. Selain berfungsi memberi pencahayaan, pelbagai design lampu yang menarik turut memberi seri kepada ruang anda.

11. Berani

Berani mencuba. Berani berimaginasi. Rumah anda, jiwa anda. Sekiranya anda melantik ID consultant, serlahkan personaliti anda sewaktu sesi perbincangan awal. Sekiranya anda rasa anda tidak kisah dan berani mencuba sesuatu yang baru, berilah kebebasan sepenuhnya kepada consultant anda untuk berkarya.

12. Buat bajet.

Bajet tetap memainkan peranan penting untuk setiap projek dekorasi anda. Cara terbaik adalah menetapkan bajet yang optimum untuk projek interior rumah. Sebagai anggaran, paling minimum bajet untuk hiasan dalaman dan kelengkapan rumah adalah sekitar 30% daripada harga rumah. Tapi jangan terkejut sekiranya kos boleh mencapai sehingga 70 – 100% daripada harga rumah kerana setiap keperluan dan kemampuan individu adalah berbeza.

Tentang bajet, Hawa menetapkan bajet yang minima sahaja untuk dekorasi rumah. Banyaknya DIY atau buat sendiri sahaja. Paling penting adalah fungsi ruang dengan dekorasi yang minima tapi sedap mata memandang. Ini kerana kami lebih suka rumah yang lapang tanpa perabot yang terlalu banyak. Hanya perabot yang perlu sahaja. Kalau kosong dan lapang lagi best! Haha, pelik ini orang. Tidak mengapa, masing-masing ada citarasa tersendiri.

Untuk warna cat rumah, Hawa kekalkan saja warna putih untuk keseluruhan rumah. Warna asal cat rumah ni. Ianya sesuai dengan tema dan kelengkapan rumah yang kami pilih. Putih, kelabu , warna kayu (beige) dan hitam. Senang kerja. Yeay! Siap deko dalam kepala. Haha.

 

farmhouse style kitchen
Modern farmhouse style kitchen

 

Sekian perkongsian tips dekorasi rumah. Kita tengok nanti apa jadi dengan ruang-ruang di rumah ini. Moga bermanfaat.

3 thoughts on “12 Tip Hias Rumah Yang Perlu Diambil Kira Agar Sesuai Dengan Tema Dan Bajet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!