10 Warna Hiasan Dalaman Dan Kesan Psikologinya Kepada Penghuni

10 Warna Hiasan Dalaman Dan Kesan Psikologinya Kepada Penghuni | Hawa ada terbaca tentang pemilihan warna untuk hiasan dalaman rumah sangat memberikan kesan kepada emosi dan karakter pemiliknya. Bila diteliti betul-betul, ‘make sense’ juga tau!

Ini kerana warna adalah antara komponen penting dalam dunia hiasan dalaman. Bila memilih warna untuk rumah sudah pasti kita kan tertarik dengan warna yang memberi kesan tertentu terhadap perasaan kita. Ya kan?

Selain itu, kalau anda nak tahu warna-warna ini selain memberi kesan kepada emosi atau perasaan warna juga dikatakan mempengaruhi tindakan fizikal. Contohnya warna merah memberi kesan emosi yang bersemangat kan?

So, bila warna merah digunakan ianya menjadikan seseorang itu lebih aktif. Berbeza dengan warna-warna lembut seperti warna ungu lembut, sesuai untuk bilik tidur sebab memberikan kesan relak dan tenang. Sejauh mana kebenarannya tu Hawa tak tahu. Mari kita tengok dulu satu-persatu warnanya ya.

Berikut adalah warna-warna hiasan dalaman dan kesan psikologinya :

 

1.Warna biru
skema warna biru
Kredit : shutterfly.com

Warna langit dan lautan, terkenal sebagai “warna kegemaran”. Biru juga menggambarkan keamanan, kesejahteraan, dan selamat.

Biru mencerminkan kepercayaan, tidak bergantung, dan komited. Ia sangat popular untuk bilik tidur, dan selalu juga digunakan untuk dekorasi pejabat.

Menariknya, secara global warna biru dikatakan sebagai warna yang paling selamat digunakan. Ini kerana ia mudah untuk dipadankan dengan pelbagai warna, dan sebab itulah skema warna biru selalu dipilih.
Biru juga dikenali sebagai warna ‘bersih’. Jadi ia sangat sesuai untuk bilik air dan ruang mencuci pakaian. Jika digunakan di bilik tidur, ianya menimbulkan kesan tenang dan nyaman.

 

2. Warna kuning
skema warna kuning
Kredit : topdreamer.com

Ia mengambarkan karakter riang, gembira, happy go lucky dan ceria. Ia juga menggambarkan hari-hari yang indah. Seseorang yang dikelilingi warna kuning akan merasa lebih optimis.

Tetapi mesti berhati-hati dengan penggunaan warna ini, jika tonanya keterlaluan. Kerana kuning lebih terserlah berbanding warna lain di sekelilingnya. Ia menyebabkan kita lebih mudah menyebabkan keletihan mata berbanding warna-warna lain. Kuning juga warna api dan ada kajian menunjukkan bayi mudah menangis di dalam bilik berwarna kuning terang.

 

3. Warna hijau
skema warna hijau
Kredit : Impiana

Bermaksud semulajadi, subur, sihat dan muda. Dengan keseimbangan antara warna warna ‘sejuk’ dan ‘hangat’ iaitu biru dan kuning, kehijauan semulajadi ini memperlihatkan rasa segar dan nyaman.

Ciri semulajadi yang dimiliki juga membolehkan hijau sangat mudah dipadankan dengan warna lain. Ia selalu digunakan dalam hiasan untuk mendatangkan kesan nyaman.

Hijau juga dikaitkan dengan tuah, dan murah rezeki. Dan secara tradisi, dikenali sebagai warna keamanan.

 

4. Warna merah
skema warna merah
Kredit : nimvo.com

Merupakan warna paling ‘hangat’ dan bertenaga dalam spektrum warna. Merah digunakan untuk merangsang badan dan fikiran, serta memperbaiki peredarannya. Jika kita ingin menarik perhatian seseorang, gunakanlah warna merah.

Pastinya merah tidak sesuai untuk bilik baby, tetapi sangat berkesan untuk membuat orang tertarik. Walaupun ia bukanlah pilihan untuk persekitaran yang tenang, merah kerap digunakan di ruang makan untuk merancakkan sesi borak sembang dan menambah daya tarikan di situ. Banyak kedai makan dan restoran guna skema warna merah.

Tapi, tidak digalakkanlah untuk menggunakan warna merah secara keterlaluan, lebih baik dengan jumlah yang sedikit pada tempat yang sesuai sebagai penambah rasa pada ruang.

Merah juga menampilkan karakter elegan dan berani.

 

5. Warna ungu
skema warna ungu
Kredit : lovethispic.com

Dikatakan warna eksotik, kerana jarang atau luar biasa bagi warna alam semulajadi. Ia melambangkan raja, bangsawan, kerohanian, dan misteri.

Kesan sesetengah tona ungu mungkin agak tak best, tetapi penggunaan tona seperti pastel lavender, dusty purple, lilac untuk sebuah bilik boleh memberi rasa segar dan teruja. Dengan unsur raja dan mistik, ungu menggambarkan ciri kemewahan dan kekayaan.

Warna ini juga boleh membantu minda dalam menyelesaikan masalah. Ya lah kan sebab warna ungu lembut terutamanya boleh memicu rasa tenang.

 

6. Warna merah jambu
skema warna pink
Kredit : home-designing.com

Biasanya dikaitkan dengan keremajaan, dan keseronokan. Merah jambu ialah warna kegembiraan, ceria, dan adakalanya seperti ‘bebas daripada sebarang masalah’. Ia dibayangkan sebagai warna romatik, dan rasa kelembutan.
Warna merah jampu juga ialah warna yang tepat untuk cinta.

Hurmmm! Bolehlah deko dapur dengan skema warna ini supaya pasangan suami isteri lebih seronok memasak bersama dan boleh makan before jam 8.00 malam even balik kerja jam 7.00 malam pun. Tak ada kena mengena tapi saja nak tulis begini! Hahaha.

 

7. Warna jingga
skema warna oren
Red Orange Hotel Kuala Pilah

Warna yang hampir dengan merah, ialah warna berkait rapat dengan keronokan, suka ria dan hari-hari yang bertenaga. Ia juga dikaitkan dengan keinginan.

Warna ini mampu memberi kesan yang baik pada tema kontemporari, tetapi tidak pada tema tradisional. Pemilihannya untuk ruang dapur dan ruang makan boleh mewujudkan rasa yang lebih selesa.

 

8. Warna coklat (brown)
skema warna coklat
Kredit : alifnext.com

Menunjukkan kestabilan, kebolehpercayaan, setiakawan, dan senang didekati. Coklat ialah warna bumi (tanah) dan dikaitkan dengan semua unsur semulajadi dan organik.

Ia juga mampu memberi suasana nyaman dan selesa. Coklat sesuai digunakan untuk ruang-ruang yang kerap menjadi tumpuan seperti ruang tamu. Coklat juga boleh dipadankan dengan warga ‘garang’ atau warna ‘hangat’.

 

9. Warna hitam
skema warna hitam
Kredit : shutterfly.com

Menunjukkan persepsi bagi kuasa, kekuatan, elegan, misteri, dan mewah. Ia juga warna untuk kebijaksanaan, selain menunjukkan stail dan ‘tak lekang dek zaman’ atau satu warna penegasan yang cantik untuk hiasan dalaman.
Hitam menonjolkan ciri ‘serius’ yang dapat membangkitkan emosi yang kuat.

Sesuatu ruang akan kelihatan misteri sekiranya terlalu banyak warna hitam. Tapi, kecerahan hasil gabungan hitam dan putih lazimnya memperlihatkan ciri yang sangat moden.

 

10. Warna putih
skema warna putih
Kredit : bhg.com

Menunjukkan ketulenan dan kesucian. Ia adalah gabungan semua warna yang ada di dalam spektrum warna. Ia juga digunakan untuk menghasilkan kesan ‘tanpa warna’, atau neutral. Ia juga memberi kesan luas terhadap ruang yang berwarna putih.

 

11. Warna kelabu
skema warna kelabu
Kredit : kitchenstori.com

Warna bagi intelek, berpengetahuan, dan bijaksana. Ia diertikan sebagai tahan lama, klasik.
Ia juga lebih bersifat konservatif dan membawa maksud berkuasa. Bahkan warna kelabu juga dianggap sebagai warna yang boleh bertolak ansur, mudah dipadankan dengan warna lain.

Kelabu adalah warna neutral yang sempurna, di mana para pereka selalu menggunakannya sebagai warna bagi latar belakang. Sedikit sentuhan warna kelabu berguna untuk mendapatkan mood yang mantap, tapi jika terlalu banyak warna kelabu akan menimbulkan rasa ‘kosong’ atau kaku.

Ini warna kesukaan Hawa. Digabungkan pula dengan warna putih, coklat lembut dan hijau pokok ianya menimbulkan kesan tenang, fresh dan ‘hidup’ pada sesuatu ruang.

Kesimpulannya, pertimbangkanlah psikologi warna-warna ini semasa merancang skema warna untuk mana-mana ruang di dalam rumah. Maklumat ini mungkin ia dapat membantu sahabat semua memperolehi mood yang diingini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!