10 Tips Selesaikan Hutang Piutang Tanpa Modal

10 Tips Selesaikan Hutang Piutang Tanpa Modal | Hidup dalam berhutang memang tak best. Jadi, mahu atau tidak kita kena buat sesuatu untuk selesaikan hutang.

Sebelum ini , Hawa ada share juga cara selesaikan hutang dengan cepat. Boleh baca di sini : 7 langkah Selesaikan Hutang Piutang Dengan Cepat

Ya ! Kadang-kadang ada situasi sesetengah dari kita yang dah buntu tak tahu nak buat apa dan bagaimana. Duit nak makan pun tak cukup. Hutang banyak. Nak berniaga, modal pula tak ada.

Artikel kali ini, Hawa nak kongsi apa yang Hawa baca tentang cara bagaimana nak selesaikan hutang piutang tanpa modal.

10 Tips Selesaikan Hutang Piutang Tanpa Modal

1.Niat dan tekad untuk bayar hutang.

Banyak atau sedikit pun hutang yang kita ada, mesti berniat dan bertekad untuk membayarnya sebelum dipanggil mengadap Yang Maha Esa.

Ini tekad yang betul-betul ya ! Bukan hangat-hangat tahi ayam je. Sunnguh-sungguh nak bayar hutang orang.

2. Doa pada Allah setiap saat dan ketika

Setiap hari jangan lupa berdoa supaya Allah kurniakan rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka. Doalah sentiasa di waktu mustajab berdoa. InsyaAllah dengan izin Allah akan diberikan rezeki yang banyak walaupun kita rasa tidak logik.

Amalkan sebanyak mungkin ayat seribu dinar.

ayat seribu dinar

3. Usah berkira-kira “untung” atau apa yang dapat setelah berdoa.

Dah doa, serah bulat-bulat pada Allah. No doubt. Yakin sungguh-sungguh Allah akan bagi. Banyak mana? Bagaimana? Belum tahu lagi.

Sebaliknya banyakkan bersyukur kerana ketika kita bersyukur Allah akan tambah nikmat. Nikmat itu termasuk juga rezeki yang melimpah ruah termasuklah kesihatan, kebahagiaan, peluang pekerjaan yang baik, bisnes yang meletup-letup maju dan lain-lain. Asal kita sentiasa bersyukur, akan ada rezeki berganda dan jalan untuk membayar hutang nanti.

4. Mesti ada ikhtiar.

Ikhtiar ni termasuklah berjimat cermat, guna duit yang ada untuk keperluan saja dulu. Usaha juga cari peluang untuk dapat income lebih.

Kalau nak berniaga, usah banyak fikir siapa nak beli, dah ramai orang jual, dah ramai agen, dropshipper, dan pelbagai lagi. Redah sajalah dulu. Ada je yang tak perlu modal. Ini usaha kita.

Fikir begini, rezeki Allah itu sangatlah luas. Jika Allah izinkan, semua barang jualan akan habis dengan sangat cepat dan lebih cepatlah untuk kita selesaikan hutang. Pentingnya kita bersangka baik dengan Allah setiap masa.

5. Jangan tinggalkan solat.

Tak kiralah siapa kita, tak kiralah bagaimana orang pandang kita dari segi rupa paras dan perlakuan, akan tetapi solat fardhu jangan tinggal. Usahalah untuk solat tepat waktu. Itu kunci utama untuk majukan diri dalam banyak perkara. Nak bebas hutang pun, solat jangan tinggal.

Sebabnya, ketika kita perbaiki solat kita sebenarnya kita sedang perbaiki seluruh kehidupan kita. Allah sedang menilai.

6. Usaha bangun malam especially untuk Solat Sunat Tahajjud

Jangan tinggalkan Solat Sunat Tahajud jika mahu bebas hutang. Kata Imam As-Syafi’i, doa ketika sepertiga malam (Tahajud) itu bagaikan anak panah yang tidak akan tersasar dari sasarannya. Tepat !

Mintalah apa pun dengan Allah, InsyaaAllah pasti dikabulkan. Jumlah hutang kita even ratusan ribu, juta masih terlalu kecil nilainya di sisi Allah sebab Dia pemilik seluruh yang ada di langit dan di bumi.

Walaupun sekarang kita sedang berniaga dan hanya dapat RM20 sehari. Rasa macam tak logik kan? Tapi yakinlah dengan kuasa Allah yang Maha Memberi. Dan Allah boleh saja membantu dengan cara yang sangat tidak logik.

Jika ada hutang banyak tetapi masih susah bangun malam untuk Solat Sunat Tahajud, itu maknanya kita belum cukup mahu berusaha. Allahu! Diri sendiri yang terasa.

7. Sedekah setiap hari.

Sedekahlah apapun yang ada dan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan. Sedekah kepada haiwan pun boleh. Sedekah kudrat juga boleh.

Sedekah usai Subuh setiap hari adalah sangat mujarab untuk menjemput rezeki. Usah lupa untuk berdoa ketika bersedekah. Dan kadang kita juga boleh minta orang yang kita sedekah itu doakan yang baik-baik buat kita.

8. Kurangkan merungut dalam kehidupan seharian.

Lagi banyak kita merungut, mengeluh, mengadu kepada orang yang kita banyak hutang, lagilah susah untuk kita menjemput rezeki nanti. Jadi, kurangkanlah mengeluh.

Sebaliknya, count our blessings. Setiap hari duduk sekejap renung kembali betapa banyaknya kebaikan yang sedang kita nikmati hadiah dari Allah setiap hari.

Berkeluh kesah sepanjang masa tidak membantu melangsaikan hutang.

9. Senyum selalu.

Senyum ini adalah sedekah yang paling murah dan mudah. Senyum juga adalah penjemput rezeki. Lagi satu, buang segala rasa benci dan dendam dalam hati. Segala rasa negatif dalam diri boleh menjadi blockage atau penghalang kepada hal-hal yang baik termasuklah rezeki.

10. Usah hidup berdasarkan pandangan orang lain.

Buang sajalah rasa ‘takut orang kata’, ‘sedih dia anggap aku begitu begini’, ‘dia hina kau begini dan begini’.

Ingat satu perkara sajalah, kita tak mampu nak memuaskan semua orang. Jika anda difitnah, dituduh yang bukan-bukan, disangka tidak baik, usahlah bersedih. Sebaliknya berdoalah yang baik-baik untuk diri sendiri. Doa orang yang teraniaya tiada hijab.

Love yourself first !

Jika nak berikhtiar carai income dengan berniaga semata, perlukan modal wang kan? Tapi, ikhtiar yang dikongsi ini hanya perlikan kesungguhan.

Sungguh-sungguh berdoa, bangun malam, sedekah.

Sungguh-sungguh ikhlaskan hati, bersihkan hati.

Tak perlu modal duit pun. Tak perlu percaya dengan apa yang dikongsi tapi cuba buat dan yakin bahawa segalanya mudah bagi Allah. Yakin pada Allah. InsyaaAllah.

Jika kalian perlukan suntikan semangat untuk keluar dari kemelut hutang-piutang yang banyak dan tak berkesudahan, mungkin boleh cari dan baca buku ini. Hawa dah baca berulangkali. Tak pernah jemu dengan tulisan brother ni. Sangat menginspirasikan.

cara selesai hutang cepat
Recommended !

 

Boleh cuba baca dan ambil semangat untuk bangkit kembali walau siapapun kita. Buku ni bukan hanya untuk orang buat bisnes je tapi untuk sesiapa sahaja yang dalam fasa struggle dengan hidup, dengan hutang. Anda tidak sendirian.

Ada dalam versi ebook sekarang ni.

cara selesai hutang cepat

Moga bermanfaat untuk pembaca semua. All the best dan mudah-mudahan Allah mudahkan perjalanan hidup kalian dapat langsai hutang cepat-cepat. Amiin.

2 thoughts on “10 Tips Selesaikan Hutang Piutang Tanpa Modal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!