10 Perkara Yang Wanita Boleh Belajar Daripada Covid-19

10 Perkara Yang Wanita Boleh Belajar Daripada Covid-19 | Jika wanita dah biasa duduk di rumah , bekerja di rumah macam Hawa ni, mungkin tak terasa sangat kesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Tapi, jujurnya tetaplah terasa sebenarnya ! Hehe.

Apa tidaknya, jika hari biasa mungkin waktu sekolah anak-anak tiada di rumah. Maknya bolehlah sedikit sebanyak luangkan masa untuk urus bisnes, urus rumah tangga dan sebagainya. Tapi, sekarang seharian ada anak-anak bersama dari bangun tidur sampailah tidur kembali. Jadual harian pun pasti berubah.

Yang bernama ibu pasti pakai topi yang pelbagai dalam sehari termasuklah mengambil alih tugas guru-guru di sekolah yang kebetulan ada sekolah yang memberi latihan dan kelas secara online setiap hari. Terima kasih untuk guru-guru yang komited membantu walaupun dalam keadaan berkurung begini.

Tidak ketinggalan juga ibu-ibu yang bekerja pasti ada cabaran tersendiri. Dengan meeting guna aplikasi di rumah bersama anak-anak. Aduh ! Meriah benar jadinya.

 

Tapi, apa pun situasi yang dilalui mari kita lihat sudut positifnya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

10 Perkara Yang Wanita Boleh Belajar Daripada Covid-19 :

1. Kita mula menerima untuk hidup secara sederhana. Kita sedar sesibuk dan sekuat mana pun usaha kita di luar, seorang wanita akan tetap kembali kepada hal yang paling utama iaitu keluarga dan anak-anak.

2. Kita lebih fokus pada dunia dalaman rumah kita. Orang yang paling gembira pastinya anak-anak. Ibu dan ayah 24 jam ada bersama mereka. Momen ini pasti diingat dan dirindui sampai bila-bila. Sampai mereka dewasa.

3. Kita lebih mengenali pasangan. Inilah masanya untuk membina kembali rasa cinta yang pernah kita ada dulu agar seiring waktu berjalan cinta semakin mekar sampai hujung usia. Top up mana yang kurang. Selama ini masing-masing tak ada masa sebab sibuk di luar kan? Nah ! Sekaranglah peluang untuk berkepit atau gaduh-gaduh macam dulu-dulu.

4. Kita sebagai ibu dan isteri di rumah. Tiada lagi apa-apa pangkat yang disandang ketika di rumah. Mungkin hanya seketika semasa di aplikasi zoom untuk meeting saja. Lebih banyak masanya kita menjadi isteri dan ibu.

5. Kita belajar mengawal emosi. Ini kerana kita tahu, jika emosi ibu atau isteri elok maka satu rumah bakal bahagia dan ceria sepanjang hari. Jika sebaliknya, puting beliunglah jawabnya. Yang lebih menyakitkan adalah kita sendiri, tak puas hati dan tertekan je memanjang ! Jadi, pilihlah nak yang bagaimana. Cool atau haru!

6. Kita jadi lebih kreatif. Kreatif menyusun masa. Kreatif uruskan belanja. Kreatif gunakan apa saja dalam ekonomi yang menekan saat ini. Ketika inilah kebanyakan kita keluar dari zon selesa dan berjaya keluarkan semua potensi diri yang ada.

7. Kita ada lebih masa untuk mengenali karakter anak-anak. Lebih masa untuk catch up apa yang kita tak sempat pada hari biasa.

8. Kita ada masa lebih untuk pembangunan spiritual keluarga kita. Ada masa untuk ayah mengimamkan solat berjamaah di rumah. Ada masa untuk ayah atau ibu koreksi bacaan atau hafalan masing-masing. Indah kan?

9. Kita ada banyak masa untuk ajak ahli keluarga mengemas rumah. Bersih dan susun kawasan masing-masing. Mana yang sudah tak digunakan boleh asing dan berikan kepada yang lebih memerlukan. Meraih pahala bersama.

Baca : Tips Kemas Rumah Mudah

10. Kita boleh mendidik ahli keluarga tentang survival skill terutamanya anak-anak. Belajar untuk makan minum pakai tak seperti biasanya. Belajar memberi pada saat kita juga perlukannya. Belajar mengutamakan orang lain berbanding diri sendiri.

 

Penatlah ! Asyik masuk keluar dapur masak tak sudah-sudah. Asyik masak je kerjanya. Tak ada masa untuk buat benda lain. Haha.

Yes ! Hawa pun awal-awal macam tu. Stres ! Selepas seminggu dah boleh adapt dengan keadaan semasa. Jadual seharian masih fleksibel tapi masing-masing lebih disiplin. To do list setiap hari pastikan ada ya! At least boleh selesai 60% daripada rancangan harian pun dah cukup bagus.

Selamat duduk di rumah ! Putuskan jangkitan COVID-19.

You may also like

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!